Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

21 August 2015

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program Nilam 2015

Tarikh : 21 Ogos 2015 ( Jumaat )
Tempat : Bilik Mesyuarat Bunga Raya, BTPN WPKL

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan KPP BTPNWPKL, En Zainuddin bin Hj Othman, dihadiri oleh 3 pegawai daripada Persatuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Malaysia ( 4PSM ), En Fakruddin bin Musa ( UPS ), warga UPSP,  UHEPKG, UMIP dan Pegawai PKGKL.

  1. Pembentangan minit mesyuarat 2014
  2. Maklum balas
  3. Perbelanjaan:
  • Pembacaan terbanyak ( kategori individu )
  • Pembacaan terbanyak Pendidikan Khas / Integrasi ( kategori individu )
  • Hadiah untuk Tokoh NILAM negeri
  • Piala iringan
  • Perbelanjaan lain
     4. Hal hal lain.
     5. Mesyuarat  tamat.

Gambar dari Portal BTPNWPKL
Posted By Library Assistant

19 August 2015

LAWATAN KE PERBADANAN KOTA BUKU

Tempat: Perbadanan Kota Buku
Tarikh: 18 Ogos 2015 ( Selasa )
Masa: 2:30 ptg hingga 5:00 ptg

Unit PSP dan Pegawai Pusat Kegiatan Guru WPKL telah mengadakan lawatan ke Perbadanan Kota Buku bagi tujuan memberi pendedahan mengenai peranan dan fungsi Perbadanan Kota Buku serta peluang-peluang yang boleh diperolehi melalui perkongsian pintar bersama Perbadanan Kota Buku. Terima kasih atas layanan yang telah diberikan kepada kami.



Posted By Library Assistant

06 August 2015

SENARAI NAMA PELAJAR YANG TERPILIH KE KHEMAH MEMBACA

Berikut adalah senarai nama pelajar yang telah dipilih melalui Proses Saringan 2015 untuk dibawa ke Program Khemah Membaca di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Tahniah diucapkan.

SEKOLAH RENDAH: BAHASA MELAYU

1.       NIK FATINI BINTI SAMSUDDIN
SK DESA TUN HUSSIEN ONN

2.       NURUL NAJLA BATRISYA BINTI MOHD FAISAL
SK TAMAN MELATI

3.       MUHAMMAD HAFIZ BIN ZULKIFLI
SK JALAN RAJA MUDA

4.       MYRA ADREANNA BINTI ANNAS ESKANDRE
SK TAMAN MELATI

5.       NUR AZRA SHAHIRA BINTI SHAHRUL AZLY
SK (P) METHODIST 1

6.       PUTERI HANNAH BINTI MOHAMAD DAUD IBRAHIM
SK SERI BINTANG UTARA

SEKOLAH RENDAH: BAHASA INGGERIS

1.       TAN MI SHAN
SJKC TAMAN CONNAUGHT

2.       CARMEN TEH KAH MUN
SK CONVENT (2) BUKIT NANAS

3.       RAINA SABELLA BINTI RAHMAT
SK CONVENT (2) BUKIT NANAS

4.       NATALIE CHAN JIA YIING
SJKC KUEN CHENG 2

5.       KU JIE YIE
SJKC KUEN CHENG 2

6.       S. YUVANA A/P SUNTHAR
SK CONVENT SENTUL (1)

SEKOLAH MENENGAH: BAHASA MELAYU

1.       NUR SAKINAH BINTI MOHAMAD ISA
SM SAINS SERI PUTERI

2.       VAISNAVI A/P SURESH KUMAR
SMK (P) JALAN IPOH

3.       NURAZWA ASTIQIN BINTI MOHD ZAHIDI
SM SAINS SERI PUTERI

4.       FARHANAH BINTI MUHAMAD ALI
SM SAINS SERI PUTERI

5.       ANG JIE YIE
SMJKC CHONG HWA

6.       NUR FARAH HANANI BINTI NORAZMAN
SMK AGAMA KUALA LUMPUR

SEKOLAH MENENGAH: BAHASA INGGERIS

1.       NABEEL BIN KAMARUL BAHREN
SMK AMINUDDIN BAKI

2.       MANJUSRI SIVAKUMAR
SMK SINAR BINTANG

3.       EVELYNN TRISH A/P LOURDES PAUL
SMK ST MARY

4.       RAJESWARY A/P SIRALAN
SMK(P) JALAN IPOH

5.       FAZLYN SHUHHAIDA BINTI MOHD FAIZ
SMK (P) JALAN IPOH

6.       FATHIAH ALMIRA BINTI SHAFIQUE
SMK SAINS SERI PUTERI


Posted By Library Assistant

05 August 2015

Proses Saringan & Pemilihan Tokoh NILAM WPKL

Tarikh: 3 Ogos 2015 ( Sekolah Menengah ) ISNIN
             4 Ogos 2015 ( Sekolah Rendah ) SELASA
Tempat: Bilik Cempaka 1 & 2
Masa: 8:00pg - 1:00ptg

Pada 3hb hingga 4hb Ogos 2015. Unit PSP di BTPNWPKL telah mengadakan saringan dan juga penapisan kepada pelajar telah didaftarkan oleh guru NILAM. Ianya bertujuan agar peserta atau pelajar yang cemerlang sahaja yang dipilih untuk dibawa ke aktiviti Khemah Membaca 2015 sebagai Tokoh NILAM 2015 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Terima kasih diucapkan kepada juri atau para hakim yang menilai pelajar tokoh NILAM. Pada peserta atau pelajar yang gagal, janganlah berputus asa, berusaha lagi pada tahun akan datang.

3 OGOS 2015: KATEGORI BAHASA MELAYU & INGGERIS SEKOLAH MENENGAH
4 OGOS 2015: KATEGORI BAHASA MELAYU & INGGERIS SEKOLAH RENDAH


Posted By Library Assistant

02 June 2015

Tarikh Tutup Pencalonan Tokoh NILAM 2015 Di Lanjutkan

Salam 1 Malaysia,

Merujuk kepada surat bertarikh 21 Mei 2015 BTPN(KL)8871/1/10 Jld3 (64), Unit PSP akan melaksanakan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri 2015. Tetapi atas perkara tertentu, Unit PSP BTPNWPKL akan melanjutkan tarikh tutup bagi Penghantaran Borang Pencalonan Tokoh NILAM 2015 ke tarikh baharu seperti berikut:

Tarikh tutup: 19 Jun 2015
Hari: Jumaat
Masa: 2:45 ptg

Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa Borang Pencalonan Tokoh NILAM ( S.A.P ) adalah WAJIB dihantar semula ke Unit PSP BTPNWPKL samada ada calon atau tiada calon. 

Surat pelanjutan tarikh penghantaran borang telah kami edarkan kepada semua sekolah WPKL dengan nombor rujukan seperti berikut: Bertarikh 1 Jun 2015 BTPN(KL)8871/1/10 Jld3 (65).


Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Pegawai PSP:
Pn. Arinawati Mohd Yassin: 03 91733010 / 012 2679060


Posted By Library Assistant

13 May 2015

Taklimat Sistem Fail Pusat Sumber Sekolah Terbaharu Selaras Dengan Sistem Fail Di JPWPKL

Tarikh: 8 Mei 2015 (Jumaat)
Masa: 2:30 ptg
Tempat: Bilik Mesyuarat Bunga Raya

Unit PSP BTPNWPKL telah mengadakan satu taklimat berkaitan dengan sistem fail PSS terbaharu mengikut kehendak Arkib Negara dan selaras dengan sistem fail di JPWPKL. Taklimat ringkas ini telah disampaikan oleh Pn Arinawati Mohd Yassin ( PTP PSP BTPNWPKL ) kepada Ketua Unit PKG WPKL, semua wakil pegawai disetiap Pusat Kegiatan Guru WPKL dan Staf di Unit PSP Sendiri. 




Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.