Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Sorotan Majlis Anugerah NILAM WPKL 2016 ( 2 Nov. 2016 )

Multimedia Proses Pemilihan Tokoh NILAM Negeri (Saringan > Khemah Membaca > Tokoh NILAM Negeri)

Khemah Membaca 2016 di BTPN N9 ( 7 - 9 Sept. 2016 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

14 May 2010

PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS 2010








Program Khidmat Bantu PSS akan dijalankan pada 17 - 21 Mei 2010 di SJKC Lee Rubber  dan 31 Mei - 4 Jun 2010 di SM Pendidikan Khas Setapak. Program ini turut dibantu oleh beberapa orang juru latih utama.


Posted by :Fauziah Ahmad

13 May 2010

KEPUTUSAN PSS CEMERLANG PERINGKAT NEGERI 2010

Berikut adalah keputusan yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Penilaian dan Pemantauan BTPNKL.

Kategori Sekolah Menengah Bandar


Johan                                          - SM Pendidikan Khas Setapak
Naib Johan                                  - SMK St. Mary
Ketiga                                         - SMK Taman Tun Dr Ismail


Kategori Sekolah Rendah Bandar

Johan                                           - SJK(C)  Lee Rubber
Naib Johan                                   - SJK(C) Jalan Davidson
Ketiga                                          - SJK(C) Choong Wen

Posted by: Fauziah Ahmad

12 May 2010

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU

Tahniah diucapkan kepada Pn Norehan Bt Che Amat di atas kenaikan pangkat ke Bukit Aman mulai esok 13 Mei 2010. Pn Norehan telah berkhidmat di Unit PSP, BTPNKL sejak 1 Oktober 2003. Terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan selama ini. Jasa dan bakti yang dicurahkan tidak terbalas. Kenang kami dalam doamu.

05 May 2010

Pemantauan PSS Cemerlang 2010

Sebanyak 30 buah sekolah telah dicalonkan untuk Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pegawai-pegawai dari unit PSP BTPNKL yang diketuai oleh Pn Mahanum Ismail telah mula menjalankan pemantauan sejak 1 Mac  2010 dan berakhir pada 26 April 2010. Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang telah dipantau:

03 May 2010

KURSUS ASAS PSS

Kursus Asas Pengurusan PSS bagi GPM Kohot 1 telah diadakan di PKG Pudu. Seramai 32 orang peserta terlibat dalam kursus ini. Kursus Asas Pengurusan PSS bagi GPM Kohot 2 pula sedang berjalan di PKG Kampung Pandan .Seramai 30 peserta sedang mengikuti kursus tersebut yang bermula pada 3 - 7 Mei 2010.

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.