Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Sorotan Majlis Anugerah NILAM WPKL 2016 ( 2 Nov. 2016 )

Multimedia Proses Pemilihan Tokoh NILAM Negeri (Saringan > Khemah Membaca > Tokoh NILAM Negeri)

Khemah Membaca 2016 di BTPN N9 ( 7 - 9 Sept. 2016 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

21 September 2010

MESYUARAT JK PELAKSANA KEM MEMBACA IMALAYSIA

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Kem Membaca 1Malaysia peringkat negeri  telah dijalankan pada jam 9:00 pagi 20 September 2010 di Bilik Bunga Raya, BTPNKL.
Seramai 17 orang ahli yang terdiri daripada Timbalan Pengarah PKL, Penolong Pengarah BTPNKL, Pengerusi PSS JKPA, Pegawai-pegawai BTPNKL dan Pegawai-pegawai PKG telah hadir. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah BTPNKL.
Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan:



Tarikh
Cadangan Aktiviti
Tempat
Tindakan
8.11. 2010
Pelancaran peringkat kebangsaan
SJKC Tsun Jin
Urusetia
Pertandingan Melukis "Warna-warni 1Malaysia"
SJKC Tsun Jin
PKG Kg Pandan
Menulis Gurindam Sebagai Wacana Minda
SJKC Tsun Jin
PKG Kg Pandan
9 .11. 2010
Jejak Maklumat
Taman Tasik Perdana
PKG Pudu & PKG Bangsar
10.11.2010
Pertandingan Bercerita
PKG Keramat
PKG Keramat
Pertandingan Buku Skrap
PKG Keramat
PKG Keramat
11.11.2010
Pertandingan Illustrasi dan Sinopsis Bacaan
PKG Sentul
PKG Sentul
Pertandingan Berbalas Pantun
PKG Sentul
PKG Sentul
12.11.2010
Bengkel Membuat Boneka

PKG Segambut Jaya
Pertandingan Membuat Boneka

PKG Segambut Jaya


02 September 2010

PERTANDINGAN MEMBACA PROGRAM NILAM 2010

Rujukan surat : BTPN(KL)8800/41/5.Jld.4(9) bertarikh 11 Ogos 2010

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi:

1. Rekod bacaan murid berakhir pada 30 Ogos 2010 (terkumpul).
2. Menggunakan buku rekod bacaan NILAM edaran PPPPSM / GAPEN.
3. Mengisi borang dengan lengkap. (Perlu ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar).
4. Tarikh akhir penghantaran borang ialah pada 17 September 2010.

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.