Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

02 December 2011

Lawatan Berinformasi PKG Daerah Dungun ke ProfPen BTPNKL


Selamat datang diucapkan kepada rombongan Lawatan Berinformasi daripada PKG Daerah Dungun ke BTPN Kuala Lumpur  dan PKG Sentul.  Lawatan seramai 20 orang  adalah  terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan  PKG Pulau Serai dan PKG Paka,  MGB Dungun, guru-guru besar, GPM dan Juruteknik.   Lawatan bermula pada 30 November 2011 di PKG Sentul jam 3.00 petang untuk mendapat beberapa informasi di PKG Sentul . Pada 1 Disember 2011, bermula 8.30 pagi, rombongan ini telah melawat ke BTPNKL. Unit Pengurusan Sumber Pendidikan menjadi tumpuan lawatan. Ucapan alu-aluan dan taklimat diberikan oleh Pn. Arinawati bt. Mohd. Yassin.  Rombongan ini tertarik dengan bahan tesis dan kajian serta Bilik Kecemerlangan Insan Istemewa (Bahan-bahan Pendidikan Khas) yang terdapat di ProfPen, BTPNKL. Salah satu aktiviti yang telah dilaksanakan oleh UPSP  menarik perhatian ahli rombongan ialah Aktiviti Jejak Maklumat dan Bengkel Boneka. Pn. Arinawati Binti Mohd Yassin juga menerangkan secara ringkas bagaimana aktiviti Jejak Maklumat dan bengkel Boneka dijalankan. Setelah minum pagi,  lawatan diteruskan ke ruang pejabat, makmal komputer dan bilik studio. Pihak rombongan berpuas hati dengan layanan yang diberikan dan mengucapkan terima kasih kepada pihak BTPNKL. Setelah bertukar cenderahati, rombongan meneruskan lawatan ke Perpustakaan Negara.

Laporan: Arinawati Mohd Yassin.
Posted By Library Assistant

10 November 2011

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program Nilam 2011



Majlis ini telah berlangsung pada 10 November 2011 bersamaan hari Khamis di Dewan Toh Puan Norashikin, Kompleks Darul Puteri, Cheras Kuala Lumpur. Acara tahunan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hj Khairil Bin Awang (Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan). 

Tahniah diucapkan kepada para penerima hadiah, sijil penghargaan serta trofi bagi kategori masing-masing. Serta sekalung penghargaan ingin kami ucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. 


Posted By Library Assistant

02 November 2011

Program Kem Membaca 1 Malaysia 2011

Written by mohdssa

 
1malaysia
Tema   : Pembacaan Pemangkin 1Malaysia
Program Kem Membaca 1 Malaysia 2011 ( KM1M 2011)
akan berlangsung selama satu minggu
bermula 31 Oktober hingga 4 November 2011.
Program Read2011: "One Nation Reading Together "
juga akan dijalankan serentak dengan Program KM1M 2011.



Pelancarannya akan dilakukan pada ketetapan berikut:
Tetamu Kehormat :

YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Pelajaran
Tarikh : 2 November 2011 ( Rabu)
Masa   : 9.30 pagi ( selama 2,011 saat atau 33.5 minit)
Tempat : SK Bukit Damansara dan  juga sekolah-sekolah yang telah

mendaftar melalui    www.readtogether.com.my


Keratan akhbar Utusan Malaysia Online: Kem Membaca 1Malaysia

Posted By Library Assistant

11 October 2011

Pembatalan Bengkel Sistem Automasi SENAYAN 2011


Salam hormat,

Untuk makluman, Bengkel  Sistem Automasi SENAYAN 2011 yang sepatutnya dijadualkan pada 18-19 Oktober 2011 tidak dapat dijalankan atas sebab kurang menerima maklumbalas borang kehadiran dari peserta sehingga tarikh terakhir tutup penyertaan. Oleh itu Persatuan Perpustakaan Sekolah Kuala Lumpur & BTPNKL memutuskan untuk membatalkan bengkel sistem automasi ini. Harap maklum.


Posted by Admin


29 September 2011

PROGRAM KHEMAH MEMBACA 2011

Program Khemah Membaca 2011,  anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur (BTPNKL) telah dilaksanakan di Kem Bumi Jati , Shah Alam pada 12 hingga 15  September 2011. Seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada  17 orang  murid sekolah menengah dan 16 orang murid sekolah rendah telah menyertai program ini.
Program Khemah Membaca yang diadakan bertujuan  untuk  memilih seorang  Tokoh NILAM 2011 peringkat negeri bagi sekolah bandar kategori menengah dan rendah. Murid yang terpilih akan mewakili Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan .
                Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang 4 hari 3 malam di Kem Bumi Jati, Shah Alam. Para peserta diberi pendedahan tentang literasi maklumat dan maklumat mengenai sebuah buku. Di samping itu, beberapa aktiviti sampingan yang bertujuan menguji minda, pengucapan awam dan ketahan fizikal para peserta turut diadakan. Antaranya ialah aktiviti Jejak Maklumat, Kuiz Buku, dan, Berpupelnama.
Para peserta dinilai oleh para hakim dalam dua peringkat iaitu secara individu dan secara berkumpulan.   Secara individu, peserta bebas untuk memberi penerangan dan idea mengikut kreativiti peserta di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Manakala secara berkumpulan pula, peserta seramai 3 orang dalam setiap kumpulan dimestikan menerangkan tajuk/tugasan yang diterima dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Para peserta juga dinilai dalam kepetahan bercakap dan kreatif mengeluarkan idea semasa ditemuduga oleh para hakim. Ujian penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga diberi penekanan dalam pencarian tokoh NILAM yang benar-benar memenuhi kriteria yang dikehendaki ke peringkat kebangsaan.
                Calon-calon Tokoh NILAM yang terpilih pada kali ini telah menunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi sepanjang sesi pemilihan diadakan. Semua calon samada kategori sekolah rendah mahupun kategori sekolah menengah, memperlihatkan kecemerlangan dalam semua aspek ujian pembacaan, pemahaman dan kecerdasan mental. Berdasarkan kriteria dan syarat-syarat pemilihan, akhirnya para hakim telah dapat memilih Tokoh NILAM 2011 peringkat negeri yang akan mewakili kategori bandar sekolah menengah dan sekolah rendah.


SENARAI TOKOH NILAM NEGERI
   


BIL

NAMA MURID

KATEGORI

SEKOLAH

1.

REGINA TAN JIA XIN


SEKOLAH MENENGAH BANDAR

SMK AMINUDDIN BAKI

2.

CECELIA TAN XIYIE




SEKOLAH RENDAH BANDAR

SK PUTERI PANDAN 2



Laporan:
Arinawati Mohd Yassin

Posted by Admin.

21 September 2011

Pindaan Tarikh Akhir Tutup Penyertaan Bengkel Sistem Automasi SENAYAN 2011


Tuan / Puan,

Sukacita saya merujuk surat BTPN(KL)8800/39/4 (27) bertarikh 6 September 2011 dan perkara di atas adalah bekaitan.

2. Dimaklumkan bahawa tarikh akhir tutup penyertaan Bengkel Sistem Automasi SENAYAN yang sepatutnya pada 23 September 2011 telah dilanjutkan ke satu tarikh baru seperti ketetapan:


                        Tarikh Akhir Tutup Penyertaan          :           30 September 2011


3. Sekiranya pihak tuan/puan mengesahkan penyertaan mengikuti Bengkel Automasi SENAYAN ini, kami memerlukan pihak tuan/puan menghantar ‘Purchase Order/Borang Penyertaan (Flyers)’ sebelum tarikh akhir tutup penyertaan.


Pembayaran harus dibuat dalam bentuk LO / Cek / Wang Pos di atas nama: Persatuan Perpustakaan  Sekolah Kuala Lumpur, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur, Jalan Seri Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

No Akaun:    10-519-000136-4
Affin Islamic Bank Berhad

 

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.



Posted By Admin

15 September 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2011



16 september 1963  merupakan tarikh pembentukkan Malaysia. 

Kami dari UPSP mengucapkan Selamat Meyambut Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 SEPTEMBER 2011 bersamaan hari Jumaat, penghulu segala hari.

  

Posted By Admin.

06 September 2011

BENGKEL SISTEM AUTOMASI SENAYAN


         Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Perpustakaan Sekolah Kuala Lumpur dengan kerjasama BTPNKL akan mengadakan Bengkel Sistem Automasi SENAYAN iaitu satu sistem yang diasaskan oleh SDC (SENAYAN Developers Community). Tujuan bengkel adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai SENAYAN Library Management System (SLiMS) dan berkongsi maklumat mengenai automasi.


Sehubungan itu, semua peserta yang berminat adalah dijemput untuk menghadiri bengkel ini. Sila sahkan kehadiran dengan mengisi borang pendaftaran di ‘flyers’ bengkel Automasi SENAYAN  dan kembalikan sebelum tarikh akhir penyertaan iaitu 23 September 2011. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia Bengkel. Kehadiran tuan/puan adalah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.





Bengkel ini akan diadakan pada butiran seperti berikut:

Tarikh:
18 - 19 Oktober 2011
Masa: 
8:00 pg – 4:30 ptg

Tempat:  
Pusat Kegiatan Guru Sentul, Lorong Udang Ketak 1, Jalan Udang Ketak, Taman Sri Segambut, 52000, Kuala Lumpur.
Kos bengkel:
RM500.00 (Seorang)


Posted By Admin.

25 August 2011


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Kami dari Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Hari Raya hari kebesaran 1 Syawal ini merupakan hari KEMENANGAN bagi kita umat Islam yang berjaya mengatasi setiap dugaan dan cabaran sepanjang bulan Ramadhan ini InsyaAllah.





Posted By Admin

13 July 2011

Pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan 2011

Arinawati bt. Mohd. Yassin

Pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan 2011 akan diadakan pada 14 - 17 Julai 2011. Pertandingan ini akan dijalankan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTPN Selangor). Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menghantar 2 orang calon untuk kategori sekolah rendah bandar dan sekolah menengah bandar. Dua orang calon tersebut ialah Nareen Kaur Sidhu a/p Baktor Sing (SMK ST Mary) dan Emily Haw (SJKC Naam Kheung). Bersama-samalah kita berdoa agar 2 orang calon yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dapat memenangi Tokoh NILAM Kebangsaan 2011.

16 June 2011

KUTIPAN DATA NILAM KALI 1 2011


By: Fauziah Ahmad


Surat bertarikh 16 Jun 2011 dikemukakan di bawah  untuk tindakan semua GPM dan Penyelaras NILAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.


Klik untuk : PANDUAN MUAT TURUN BORANG DATA NILAM 2011


Kepada ,

 Pengetua / Guru Besar,

Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan


Melalui ,

Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan.

Tuan/Puan,

DATA PELAKSANAAN PROGRAM NILAM KALI 1 2011

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia sedang mengumpul maklumat dan data tentang status dan Pelaksanaan Program NILAM  tahun 2011 dari sekolah-sekolah di setiap negeri melalui rangkaiannya iaitu Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru.

2.    Kutipan data Pelaksanaan  Program NILAM sehingga  30 Jun 2011  akan  dianalisa
dan laporannya akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Gerakan Tabiat Membaca di peringkat kebangsaan.

3.    Guru Perpustakaan dan Media (GPM)  atau Guru Penyelaras NILAM sekolah tuan/puan dikehendaki muat turun  Borang Data Program NILAM melalui portal : http://btpnkl.edu.my/ (Rujuk LAMPIRAN 2 untuk Panduan Muat Turun Borang).

4.     Kami memohon jasa baik tuan/puan untuk memastikan borang tersebut diisi dengan lengkap. Sila hantar borang (hard copy) bersama LAMPIRAN 1 selewat-lewatnya pada 8 Julai 2011.  Untuk makluman Tuan/Puan, borang tidak boleh difaks kerana data tidak dapat dibaca melalui faks. Soft copy pula hendaklah diemelkan kepada fauziah.btpnkl@moe.edu.my. Jika ada sebarang pertanyaan , sila hubungi Pn Fauziah Ahmad di talian 03-91733010 / 012-3295631.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 Saya yang menurut perintah,                                                                              

                  t.t.                                                                                            

 ( MOHD SANUSI SASEETHARAN B. ABDULLAH)
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur



Lampiran 1


Nama Sekolah/Cop Sekolah
________________________________
________________________________        Ruj. Tuan : BTPN(KL)8800/41/5Jld.5( 100 )
________________________________        Tarikh:________________                                                                              
_________________________________________________________________________     

Kepada,

Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur,
Jalan Seri Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.
(u.p. Pn Fauziah Ahmad)

Tuan,

AKUAN PENGHANTARAN DATA NILAM SEHINGGA JUN 2011

  1. TAHAP JAUHARI


Borang telah dilengkapkan dan disahkan.

Soft-copy telah diemel  pada : _________________

Borang tidak dapat dihantar atas sebab berikut:

……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………..



  1. TAHAP RAKAN PEMBACA


Borang telah dilengkapkan dan disahkan.

Soft-copy telah diemel  pada : _________________

Borang tidak dapat dihantar atas sebab berikut:

……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………..



Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,


---------------------------------------
(Tandatangan dan cop Pengetua/ Guru Besar)

        Nota : 1. Tandakan (√) pada petak yang berkenaan.
                   2. Tarikh akhir serahan adalah pada 8 Julai 2011

18 May 2011

BENGKEL MEMBUAT BONEKA DAN BERCERITA 2011



SILA KLIK : KOLEKSI GAMBAR 

SENARAI NAMA PEMENANG
PERSEMBAHAN KUMPULAN





NAMA KUMPULAN
JOHAN

KUMPULAN 4

ARIZAH MOHD ZAWAWI – SK ASSUNTA SATU, PJ

PANG SUK PENG – SMK ST GABRIEL, KL

NOOR RELA ABDUL SAMAT – SK SG UDANG. SELANGOR

NAIB JOHAN

KUMPULAN 2

WAN NAJWA WAN HALIM – SMK SEGAMBUT

FADHILAH MAT SALLEH – SK TAMAN KEPONG

ISNORIZAM ISMAIL – SK TAMAN SEGAR

KETIGA

KUMPULAN  9

MOHD ASRUL MOHD NOOR – SK BUKIT KEMUNING

NORMALA MOHD MAKSOM – SK TAMAN KLANG UTAMA

SEMARIATI KIMAN – PKG KUALA KUBU BHARU






SENARAI NAMA PEMENANG
INDIVIDU



ULAT BULU

JOHAN

KEDUA

KETIGA


Fadzillah Bt M Osman

Maziah Bt Mohamed

Semariati Bt Kiman


SK TIARA PERMAI

SK HULU BERNAM

PKG KUALA KUBU BHARU
PINGGAN KERTAS

JOHAN

KEDUA

KETIGA


Normala Bt Mohd Som

Rogayah Faizah Bt Ahmad

Asniza Bt Mohd Sani


SK TAMAN KLANG UTAMA

SK PENGKALAN TENTERA DARAT

SK DANAU PERDANA
STOKING

JOHAN

KEDUA

KETIGA


Rogayah Faizah Bt Ahmad

Abdul Jalil Toha @ Tohara

Maziah Bt Mohamed


SK PENGKALAN TENTERA DARAT

SM PEND KHAS VOKASINAL SHAH ALAM

SK HULU BERNAM

      






08 April 2011

POWER POINT MENGENAI NILAM

Sila klik untuk mendapatkan maklumat mengenai Program NILAM.


Fauziah Ahmad

28 March 2011

PUSAT AKSES SEKOLAH


Pengenalan Pusat Akses Sekolah


Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.
Pusat Akses mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran kendiri (self learning).
Pembelajaran di Pusat Akses boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
Pusat Akses memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan kearah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.

 

Matlamat Dan Objektif

04 March 2011

KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM i-NILAM


Y. Bhg. Datin / Tuan / Puan,


KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALUI SISTEM i-NILAM 


Perkara di atas adalah dirujuk.


2.    Seperti yang Y. Bhg. Datin / tuan / puan sedia maklum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah 
melaksanakan program galakan membaca di sekolah melalui program Nadi Ilmu Amalan 
Membaca (NILAM) mulai tahun 1999.




3.   Sehubungan itu, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang
 membuat satu kajian menyeluruh untuk mendapatkan maklum balas terhadap keberkesanan
 pengurusan program ini melalui penggunaan sistem i-NILAM yang mula dilaksanakan pada
 tahun 2010.




4.    Kerjasama pegawai di peringkat BPN dan PKG yang terlibat dalam pengurusan program 
NILAM adalah dipohon untuk melengkapkan Soal Selidik 1 melalui link berikut

BTPN / PKG (Sila klik di sini)

5.   Kerjasama pegawai di peringkat BTPN dan PKG juga dipohon untuk memanjangkan emel ini kepada Guru Perpustakaan dan Media untuk melengkapkan Soal Selidik 2 melalui link berikut:

   Sekolah (Sila klik di sini)

6.   Maklum balas daripada Y. Bhg. Datin / tuan / puan amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program bacaan ini. Tarikh akhir bagi melengkapkan Soal Selidik tersebut adalah pada 18 Mac 2011 (Jumaat).

7.   Kerjasama dan sokongan Y. Bhg. Datin / tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

FADZLIATON ZAINUDIN
Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

23 February 2011

STATUS PENGHANTARAN DATA NILAM 2010


BTPNKL  telah menjalankan tugas    pengumpulan data pelaksanaan Program NILAM pada setiap         tahun untuk mengkaji status perkembangan pelaksanaan program ini semenjak ia dilancarkan pada tahun  1999 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Pada tahun 2010 data dikumpul sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Julai (data sehingga 30 Jun 2010) dan bulan November (data sehingga 30 Oktober 2010).Masih juga terdapat beberapa sekolah yang tidak menghantar data NILAM walaupun telah diberi surat peringatan kali kedua bagi setiap kali kutipan. Jadual di bawah menggambarkan status  kutipan Data NILAM 2010.

02 February 2011

Berita 28 Januari 2011

Berita 28 Januari 2011: "* Kursus latihan penggunaan EduwebTV terus diadakan dalam usaha memartabatkan teknologi komunikasi dan maklumat, ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.** Kali ini kursus latihan pengenalan EduwebTV versi kedua diperkenalkan bertujuan memupuk kesedaran warga Bahagian Teknologi Pendidikan BTP Kementerian Pelajaran dalam melaksanakan portal ini dengan jayanya. Selari dengan objektif BTP dalam merancang, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan negara, kursus versi kedua ini dihadiri 50 kakitangan KPM dari selangor, kuala lumpur, perak, sabah dan sarawak. Dari Laman Web=http://eduwebtv.com/v2/video/?id=1296214038719713"

Fauziah Ahmad

26 January 2011

MAJU DAN SEJAHTERA

MAJU DAN SEJAHTERA: "Lagu rasmi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. Dari Laman Web=http://eduwebtv.com/v2/video/?id=1296034102037744"

Fauziah Ahmad

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.