Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

22 March 2012

Bengkel Khidmat Bantu PSS Asrama 1Malaysia



Tempat: Pusat Sumber Asrama 1Malaysia
Tarikh: 21 Mac 2012
Masa: 3:30ptg – 8:30mlm







Unit PSP BTPNKL pernah menjalankan Program Khidmat Bantu Pusat Sumber buat kali pertama pada 1 Mac 2012 di Pusat Sumber Asrama 1Malaysia Tingkat 3, Blok B dengan memberi khidmat nasihat dan konsep susun atur pusat sumber asrama kepada kakitangan Asrama 1Malaysia.

Walau bagaimanapun, pada 21 Mac 2012 (Rabu) wakil UPSP sekali lagi turun padang ke Asrama 1Malaysia bagi tujuan bengkel mengkatalog buku dan susun atur pusat sumber. Di wakili oleh Pn Arinawati Mohd Yassin dan Cik Ismawati Ishak bersama-sama 12 orang pelajar Asrama 1Malaysia bergabung tenaga mengkatalog buku-buku sumbangan yang diperolehi.

Dua belas orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 dibahagikan kepada 4 kumpulan bagi mempercepatkan proses pengurusan dan penyusunan buku bacaan. Kumpulan dibahagikan kepada 3 orang pelajar bagi setiap kumpulan seperti berikut:

Kumpulan 1: Urusan pemerosesan teknikal bahan buku
Kumpulan 2: Mengisi data bibliografi pada slip katalog
Kumpulan 3: Menampal poket, kad pinjaman dan pelekat nombor panggilan 
Kumpulan 4: Penyusunan bahan (shelf-reading)

Khidmat bantu pusat sumber hanya dijalankan selama satu hari sahaja di Asrama 1Malaysia. Unit PSP telah mengambil inisiatif dengan melantik salah seorang pelajar sebagai Ketua Selia (Mohd Ashraf Aqil) bagi menyelia ketua-ketua bagi setiap kumpulan supaya usaha untuk menyelaras buku-buku pusat sumber Asrama 1Malaysia berterusan.

KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR KHIDMAT BANTU PSS ASRAMA 1MALAYSIA

Written/Edit Picture By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.