Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

02 March 2012

Khidmat Bantu dan Sumbangan Buku ke Asrama 1Malaysia



Asrama 1Malaysia merupakan projek perintis menghimpunkan pelajar dari pelbagai kaum di bawah satu bumbung. Asrama ini telah berpindah ke lokasi baru mulai 7 Mei 2012 dan akan dirasmikan pada 30 Mac 2012. Asrama ini telah dilengkapi dengan kemudahan Pusat Sumber yang mana bahan-bahan rujukan dan buku-buku masih belum dibekalkan.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan matlamat  untuk melahirkan lebih banyak Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang, berkesan dan berfungsi, BTPNKL telah memberikan sumbangan buku sebanyak 250 buah buku bacaan kepada Pusat Sumber Asrama 1Malaysia.

Unit PSP yang diwakili oleh Puan Arinawati Mohd Yassin dan Cik Ismawati Ishak telah melaksanakan Program Khidmat Bantu Pusat Sumber pada 1 Mac 2012 bersamaan hari Khamis di Pusat Sumber Asrama 1Malaysia Tingkat 3, blok B. Unit PSP telah memberi khidmat bantu pusat sumber yang diperlukan seperti khidmat nasihat berkaitan susun atur pusat sumber dan proses teknik buku-buku yang disumbangkan kepada 3 orang kakitangan Asrama 1Malaysia iaitu Encik Norsham Bin Mohd Yusoff (Pengurus Asrama), Puan Rosliza binti Saad (DG41) dan Encik Zulkifli Yusof (Penyelia Asrama).

Semoga khidmat bantu ini dapat membantu dan memberi bimbingan serta panduan pengurusan dan pemprosesan bahan sumber serta pengendalian PSS yang lebih berkesan. 



Laporan: Pn Arinawati & Library Assistant
Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.