Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

21 March 2012

KHIDMAT BANTU DI SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING



Tempat: Bilik Bacaan Sektor Psikologi & Kaunseling JPWP 

Tarikh: 20 Mac 2012                             Masa: 8:00pg – 4:30ptg


Khidmat bantu mengkatalog bahan bacaan ini telah dilatih oleh Cik Ismawati Binti Ishak (Pembantu Perpustakaan BTPNKL) kepada dua orang kakitangan di sektor ini. Mereka adalah Puan Nasniza Binti Razak (N17) dan Puan Mas Zuriani Binti Zainal Abidin (N17). Untuk makluman bersama, latihan ini adalah merupakan latihan kali yang kedua dibuat. Latihan pertama iaitu proses mengkatalog butiran bibliografi bahan telah siap dilakukan pada penghujung tahun 2011. Sebanyak lebih kurang 300 buah buku yang berkaitan dengan tajuk perkara kaunseling terdapat di ruang bacaan sektor. Oleh itu, khidmat bantu kali ini tertumpu pada proses latihan yang kedua dan ketiga pula. Berikut adalah jadual kedua-dua sesi:

LATIHAN TELAH DIPECAHKAN KEPADA 2 SESI:


Sesi pagi (8:00pg – 1:00ptg) : 
Merekod data bibliografi ke dalam sistem automasi SENAYAN (SLiMS)

Sesi petang (2:00ptg – 4:30ptg): 
Proses buku & susun atur buku


Sepanjang khidmat bantu dan latihan dijalankan kepada kakitangan sektor, telah di sempurnakan dengan baik dan mengikut prosedur pengurusan bahan bacaan yang diberikan. Semoga usaha menyelaras dan melaksanakan proses bahan bacaan di Sektor Psikologi & Kaunseling berterusan tanpa menggangu tugas hakiki kakitangan. Tahniah atas komitmen penuh yang diberikan oleh kakitangan sektor sepanjang program dijalankan.


Written By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.