Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

01 March 2012

Pemantauan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang 2012


Pemantauan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang telah dijalankan oleh Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan (UPSP) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai bulan Februari 2012 sehingga Mac 2012.

Pemantauan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memilih dua buah sekolah yang akan bertanding ke peringkat Kebangsaan dan juga di peringkat negeri. Pencalonan sekolah telah dibuat oleh enam buah PKG dan juga BTPNKL.  Pemantauan dan penilaian dilaksanakan dengan menggunakan borang Instrumen Pemantauan Pusat Sumber Cemerlang yang telah dikeluarkan oleh BTPNKL.

Antara kriteria yang dipantau untuk membolehkan sekolah tersebut mewakili negeri dan kebangsaan adalah:



Bahagian A
Kemudahan Fizikal,Peralatan dan Bahan
15 %
Bahagian B
Pengurusan dan Pengelolaan
15 %
Bahagian C
Penggunaan PSS
40 %
Bahagian C
Program Gerakan Membaca
20 %
Bahagian E
Program Peningkatan Jangka Panjang PSS
10 %
Bahagian F
Ciri keistimewaan PSS           
5 Markah bonus

Pemilihan sekolah bukan sahaja mempunyai markah tertinggi di dalam instrumen pemantauan, tetapi persekitaran yang berinformasi, ceria dan mempunyai cirri-ciri keistimewaan yang lain juga akan diambilkira  untuk mewakili ke pertandingan peringkat negeri dan seterusnya ke Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan.




Pemantauan dijalankan oleh  3 orang pegawai pemantau dari Unit PSP BTPNKL iaitu En. Zainuddin b. Othman, Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin dan Pn. Rosilawati bt.Maabar.
Syabas dan tahniah kepada sekolah yang telah terpilih.
Pihak PSP BTPNKL mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak sekolah semasa pemantauan dijalankan.

Semoga Berjaya.



Laporan: Rosilawati bt Maabar
Edit/Posted By Library Asistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.