Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2016 di BTPN N9 ( 7 - 9 Sept. 2016 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

30 April 2012

SYABAS & TAHNIAH!!!!


TAHNIAH!!!!!

Kami dari BTPNKL mengucapkan sekalung tahniah kepada 2 orang calon tokoh NILAM Kuala Lumpur iaitu adik REGINA TAN JIA XIN (SMK Aminuddin Baki) yang telah mendapat JOHAN bagi kategori Sekolah Menengah dan adik CECILIA TAN XIYIE (SK PUTERI PANDAN 2) yang mendapat tempat ketiga bagi kategori Sekolah Rendah pada Pertandingan NILAM Kebangsaan 2012 yang berlangsung pada 26 hingga 29 April 2012 baru-baru ini. Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha membina tabiat membaca dan melahirkan role model dalam bidang pembacaan. Bermula dengan pengiktirafan di peringkat sekolah dengan Gangsa, Perak , Emas dan akhir sekali NILAM, murid yang melepasi tahap ini diuji pula dari segi ketrampilan diri masing-masing.  

Dari kiri:
  1. Pn. Junaidah Abdul Rahman ( GPM SK Putrajaya Presint 16(1) ), 
  2. Pn Wan Zainab Wan Abas ( Guru Besar  SK Puteri Pandan 2 ), 
  3. En Mohd Sanusi Saseetharan Abdullah ( KPP BTPNKL ), 
  4. Cecilia Tan Xieyie ( Tokoh NILAM Sekolah Rendah ), 
  5. Regina Tan Jia Xin Tokoh NILAM Sekolah Menengah ), 
  6. Pn Arinawati Mohd Yassin ( Pegawai Teknologi Pendidikan BTPNKL )  
  7. Pn. Jamilah Abd Hameed (GPM SMK Datok Lokman ).
Tahniah dan terima kasih juga kepada wakil bagi PSS Kuala Lumpur iaitu  SK Putrajaya Presint 16(1) bagi kategori Sekolah Rendah dan SMK Datok Lokman pula yang mewakili Sekolah Menengah kerana telah memberikan komitmen yang tinggi bagi persiapan Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan kali ini walaupun tidak berjaya bagi kategori PSS Cemerlang, mudah-mudahan tahun mendatang dengan membuat penambahbaikan kita akan menang pada kategori ini InsyaAllahTahniah dan syabas sekali lagi di ucapkan kepada kedua-dua Tokoh Nilam Kuala Lumpur dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kejayaan ini seperti Jurulatih-jurulatih NILAM dan Jurulatih NILAM jemputan.

Video Anugerah NILAM Kebangsaan 2012 (KLIK LINK INI)



Writen/Edit Picture/Video Posted By Library Assistant

13 April 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012


Sukacita dimaklumkan Pesta Buku Antarangsa 2012 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh Berlangsung: 27 April - 6 Mei 2012
Tarikh Pelancaran: 28 April 2012 ( Sabtu )
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC )
Tetamu Jemputan: Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin ( Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia ) & Y. Bhg Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud ( Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia )


Posted By Library Assistant

Pemantapan Tokoh NILAM 2012 ( Sesi Kedua )

Tarikh: 12-13 April 2012
Masa: 8:30pg – 4:30ptg
Tempat: ProfPen, BTPNKL


Unit PSP telah mengadakan latihan Pemantapan Tokoh NILAM 2012 bagi sesi kedua di ProfPen BTPNKL. Latihan ini telah disertai oleh empat orang Jurulatih NILAM dan seorang Jurulatih jemputan. Unit PSP masih menggunakan khidmat dari Jurulatih NILAM yang sama seperti pada sesi pertama bagi memurnikan dan memantapkan calon-calon Tokoh NILAM. Untuk makluman, latihan ini adalah sesi latihan yang terakhir sebelum kedua-dua calon Tokoh NILAM ini menyertai pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan. Berikut adalah jadual bagi sesi kedua Pemantapan Tokoh NILAM 2012: 







Writen & Posted By Library Assistant

PENGHAKIMAN PERTANDINGAN PUSAT SUMBER CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2012



Penantian dan debaran warga bagi kedua-dua sekolah yang telah berjaya terpilih mewakili Wilayah Persekutuan di dalam Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang telah pun berakhir apabila penghakiman bagi pertandingan ini telah pun berjalan dengan lancar pada 9 April 2012 dan 10 April 2012.
SK Presint 16(1) bagi kategori sekolah rendah telah diadakan pada 9 April 2012 dan SMK Datok Lokman pula yang mewakili sekolah menengah telah pun berlangsung pada 10 April 2012.
Para hakim terdiri daripada Pn. Fauziah bt. Ahmad dan Pn. Rohana bt. Abd Rahman dari Unit PLTP BTP Bukit Kiara dan diiringi oleh Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin dan Pn. Rosilawati bt. Maabar dari Unit PSP BTPNKL dan En. Mohd Fakruddin b. Musa dari PKG Kg. Pandan.
Proses penghakiman dilaksanakan dengan cara lawatan ke persikitaran sekolah , Bilik Darjah, Bilik-bilik Khas dan juga Pusat Sumber Sekolah untuk meneliti data-data, analisa  dan pengurusan Pusat Sumber dan juga Program Galakan Membaca Program NILAM .
Selain daripada  itu, para hakim juga telah diberi penerangan mengenai  ciri-ciri keistimewaan atau projek inovasi yang terdapat di sekolah tersebut.
Taklimat ringkas mengenai dapatan para hakim bersama pihak pentadbir sekolah dan AJK PSS turut diadakan sebagai acara penutup.
Walaubagaimana pun, pihak BTPNKL sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada sekolah yang terpilih serta penghargaan dan terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah memberikan komitmen yang tinggi bagi persiapan Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan ini sehingga akhir proses penghakiman yang telah berjalan dengan begitu lancar sekali.

Writen By Rosilawati Maabar
Picture & Posted By Library Assistant

06 April 2012

LAPORAN BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH


Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 2012 yang merupakan aktiviti tahunan Unit Pengurusan Sumber Sekolah dan Unit Hal Ehwal PKG telah diadakan mulai  27 Mac 2012 sehingga 5 April 2012.
Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang pertama pada tahun ini telah diadakan di PKG Sentul bermula pada jam 8.30 pagi dan telah dihadiri oleh 38 orang Guru Perpustakaan dan Media atau GPM PKG Sentul.
Bengkel sehari ini seterusnya diadakan di lima buah PKG lagi  bertujuan untuk membincangkan takwim UPSP sepanjang tahun 2012, pengurusan iQ-PSS, Program Gerakan Membaca Program NILAM dan juga pengenalan kepada i-NILAM.
En. Mohd Sanusi Saseetharan b. Abdullah, selaku Ketua Penolong Pengarah BTPNKL,  telah menyampaikan amanah menerusi ucapan aluan beliau.  Fasilitator terdiri daripada Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin  menyampaikan tajuk iQ-PSS dan Pn. Rosilawati bt. Maabar pula menyampaikan tajuk aktiviti galakan membaca Program NILAm  dan pengenalan  i-NILAM.
Peserta diberikan Borang Akujanji pelaksanaan bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah agar bengkel ini dapat disampaikan ke pengetahuan Pengetua/Guru Besar Sekolah, dan peserta perlu menghantar borang ini pada atau sebelum hari Khamis 5 April 2012.
Perbengkelan diakhiri dengan sesi soal jawab diantara guru-guru dan fasilitator serta kutipan borang maklum balas permasalahan pengurusan Program NILAM di sekolah oleh peserta.

Berikut adalah Jadual Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang telah diadakan.

BIL
TARIKH
PKG
TEMPAT
1
27.03.2012
PKG Sentul
PKG Sentul
2
28.03.2012
PKG Kg. Pandan
PKG Kg. Pandan
3
29.03.2012
PKG Bangsar
PKG Bangsar
4
03.04.2012
PKG Segambut Jaya
PKG Sentul
5
04.04.2012
PKG Keramat
PKG Keramat
6
05.04.2012
PKG Pudu
PKG Pudu


Writen by: Rosilawati Maabar
Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.