Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

17 May 2012

Bengkel i-NILAM & i-QPSS



Tarikh: 16 Mei  2012
Masa: 8.30pagi – 4:30ptg
Tempat: Bilik Cempaka 2, BTPNKL

Bengkel i-NILAM dan I-QPSS untuk Guru Perpustakaan Media sekolah-sekolah Putrajaya anjuran Unit PSP BTPNKL telah diadakan di Bilik Cempaka 2, BTPNKL pada 16 Mei 2012. Bengkel sehari ini  bertujuan untuk memberi latihan dan
pendedahan sepenuhnya kepada semua GPM dari sekolah-sekolah Putrajaya untuk mengendalikan program i-NILAM, I-QPSS dan juga pengurusan Program Gerakan Membaca Program NILAM  di sekolah masing-masing. 

Penceramah jemputan terdiri daripada Pn. Siti Sarinah bt.  Sibun dan En. Mohd Rosni b. Ahmad dari Bios One Sdn. Bhd yang telah menyampaikan taklimat pelaksanaan Program i-NILAM dan I-QPSS. Manakala pada sesi petang pula, taklimat pengurusan Gerakan Membaca Program NILAM telah dijalankan oleh Pn. Rosilawati Maabar dan pengurusan Tokoh NILAm telah disampaikan oleh Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin. Diakhir bengkel ini , pihak UPSP BTPNKL berharap agar semua GPM Putrajaya yang hadir pada bengkel ini dapat memantapkan kemahiran mereka dari segi tatacara pengurusan aktiviti Gerakan Membaca Program NILAM sehinggalah kepada pengurusan Data NILAM menggunakan Sistem i-NILAM dan juga IQPSS untuk dilaksanakan di sekolah mereka. Peserta juga dimaklumkan bahawa semua bahan edaran dan nota kursus boleh dimuat turun dari blog ProfPen melalui Portal BTPNKL.


Writen By Rosilawati Maabar
Edit Picture & Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.