Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

17 May 2012

Pelancaran Ikon Membaca Kebangsaan dan Penyemarakkan Amalan Nilai-nilai Murni


Tarikh: 15 Mei  2012
Masa: 2:00ptg – 5.00ptg
Tempat: Perpustakaan Negara Malaysia

Tun Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Ikon Membaca Kebangsaan semasa majlis pelancaran Ikon Membaca Kebangsaan dan Penyemarakkan Nilai-Nilai Murni yang disempurnakan oleh Tan Sri Haji Muhyiddin b. Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 15 Mei 2012.
Pelantikan Tun Mahathir Mohamad sebagai Ikon Membaca merupakan sebahagian usaha PNM yang berperanan sebagai peneraju Program Amalan Membaca Kebangsaan untuk memperkasakan promosi galakan membaca dengan lebih meluas melangkaui sempadan dan masa untuk memastikan amalan membaca masyarakat Malaysia menjadi salah satu budaya hidup.
Program Ikon Membaca telah menjadi aktiviti PNM setelah penglibatan personaliti seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie dan juga Dato’ Michelle Yeoh sebagai Ikon Membaca pada tahun sebelumnya. Usaha ini perlu diteruskan dengan melantik lebih ramai tokoh yang boleh dicontohi dan menjadi pemangkin kepada peningkatan amalan membaca rakyat Malaysia.
Unit PSP BTPNKL yang diwakili oleh Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin dan Pn. Rosilawati Maabar telah menghadiri majlis pelancaran Ikon Membaca Kebangsaan dan Penyemarakkan Nilai-Nilai Murni ini seterusnya membuat liputan mengenai majlis berkenaan.

Writen By Rosilawati Maabar
Edit Picture & Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.