Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

25 October 2012

SALAM AIDILADHA 1433 H

الله أكبر الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله. الله أكبر الله أكبر ولله الحمد


Posted By Library Assistant

11 October 2012

MAKLUMAN TARIKH AKHIR PENGHANTARAN BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MEMBACA PROGRAM NILAM 2012:


Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah
Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR.

Tuan / Puan,

PERTANDINGAN MEMBACA PROGRAM NILAM ANJURAN BTPNKL DAN  PPPPSM  2012.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Untuk makluman pihak tuan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur dan PPPSM akan menganjurkan Pertandingan Membaca Program NILAM peringkat negeri tahun 2012. Pertandingan ini melibatkan aktiviti membaca dan merekod bahan bacaan murid-murid yang akan berakhir pada 30 September 2012 (terkumpul) dengan menggunakan buku rekod bacaan NILAM yang digunapakai oleh pihak sekolah.

3.         Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan untuk tindakan tuan selanjutnya. Borang pertandingan hendaklah dihantar kepada urus setia pertandingan, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Kuala Lumpur sebelum atau pada 17 Oktober 2012 (Rabu) jam 4.30 petang. Pertandingan ini adalah wajib kepada semua sekolah. Kegagalan mengembalikan borang penyertaan pada tarikh yang ditetapkan akan diminta menyediakan surat tunjuk sebab.

4.         Perhatian dan tindakan pihak tuan terhadap perkara ini adalah diharapkan dan diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

Posted By Library Assistant

01 October 2012

Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM 2012


Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM 2012 anjuran Unit Pengurusan Sumber Penddidikan (UPSP) BTPNKL telah berjaya diadakan mulai 24 hingga 27 September 2012 di Kem Bumi Jati, Shah Alam.

Seramai 32 orang pelajar yang terdiri dari 16 murid sekolah rendah dan  16 pelajar sekolah menengah yang terpilih telah menyertai program ini. Peserta ini merupakan mereka yang terpilih hasil dari Proses Saringan Pemilihan Tokoh NILAM yang telah dijalankan di BTPNKL pada 16 dan 17 Julai 2012.

Sepanjang program ini dijalankan, para peserta telah diberi pendedahan dari segi penulisan dan pengucapan awam sebelum beberapa ujian pengesanan dijalankan oleh 8 orang hakim yang berpengalaman. Para peserta juga diberi peluang untuk menunjukkan bakat seni mereka dalam menghasilkan persembahan kumpulan dan juga dalam aktiviti mewarna batik canting setelah mereka tamat menjalani pelbagai ujian pengesanan.Selain itu aktiviti riadah juga turut diadakan.

 Diakhir sesi pemilihan, seramai  10 orang peserta iaitu lima calon dari sekolah rendah dan lima calon dari sekolah menengah telah terpilih sebagai ' finalis' dan mereka menjalani ujian terakhir yang berbentuk forum dan dinilai oleh  Pn.Mahanum bt. Ismail mantan ketua unit PSP BTPNKL sebagai ketua hakim, En. Imran b. Lazim Ketua Unit PSP BTPNKL, Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin PTP BTPNKL,Pn. Che Hafsah bt. Othman SMK Putrajaya Presint 16(1) dan Pn. Nor Azlina dari Sekolah Alam Shah Putrajaya.

Tokoh NILAM Peringkat Negeri WPKL 2012 telah dimenangi oleh Nanthini AP Mageshwaran dari SM Sains Seri Puteri dan Ong Qiao Se dari SJKC Taman Connaught.

Majlis Penutup Khemah Membaca dan Pemilih Tokoh NILAM 2012 telah disempurnakan oleh En. Zainuddin b. Hj. Othman, Penolong Pengarah BTPNKL dan majlis diakhiri dengan penyerahan sijil dan penyampaian hadiah kepada kumpulan peserta yang telah memenangi pelbagai aktiviti di sepanjang program Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM 2012 dijalankan.



Written By Rosilawati Maabar

Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.