Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Sorotan Majlis Anugerah NILAM WPKL 2016 ( 2 Nov. 2016 )

Multimedia Proses Pemilihan Tokoh NILAM Negeri (Saringan > Khemah Membaca > Tokoh NILAM Negeri)

Khemah Membaca 2016 di BTPN N9 ( 7 - 9 Sept. 2016 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

09 November 2012

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program NILAM 2012 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program NILAM 2012 anjuran oleh BTPNKL bersama PPPSM telah berlangsung dengan jayanya  di Dewan Auditorium Jabatan Muzium Malaysia yang terletak di Jalan Damansara,  Kuala Lumpur pada 7 November 2012.

Acara tahunan ini diadakan dengan tujuan untuk meraikan murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang mencatat jumlah bacaan terbanyak di Wilayah Persekutuan mengikut beberapa kategori yang telah ditetapkan.

Pada majlis ini para pemenang bukan sahaja menerima hadiah berbentuk wang tunai dan sijil tetapi para pemenang turut diberi cenderahati  yang membawa mesej ‘Nilai-nilai Murni’ sumbangan dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. 

Majlis ini telah  dihadiri oleh tetamu kehormat yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Pelajaran Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat, Ketua Sektor PLTP dari Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan, wakil dari PPPPSM , pengetua dan guru besar dari seluruh sekolah Kuala Lumpur, para pemenang hadiah pertandingan membaca,  guru pengiring serta pihak media tempatan.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Encik Tajudin Bin Mohamad Mor, Timbalan Pengarah Pelajaran, Pejabat Pelajaran  Wilayah Keramat merangkap Pengerusi PPPPSM.  Majlis juga turut diserikan oleh persembahan Dikir Barat dari Sekolah Menengah Bandar Baru Sentul yang membawa tema membaca dan diikuti oleh bacaan sajak Bahasa Inggeris yang dikarang sendiri oleh Tokoh NILAM Negeri Kategori Sekolah Rendah iaitu adik Ong Qiao Se.

Diakhir majlis ini, kesemua tetamu , AJK dan para pemenang diberi peluang untuk melawat ke Pameran di Muzium Negara dan ke Pameran Khas ‘The Magic Of Traditional Medicine’ anjuran Jabatan Muzium Malaysia secara percuma selepas tamat Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program NILAM ini diadakan.

Sekalung Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK , PPPPSM, Jabatan Muzium Malaysia , KPKK dan juga pihak media yang telah bekerjasama untuk menjayakan majlis ini.


Laporan: ROsilawati Maabar
Posted By Library Assistant

05 November 2012

Majlis NILAM 2012


Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.