Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Sorotan Majlis Anugerah NILAM WPKL 2016 ( 2 Nov. 2016 )

Multimedia Proses Pemilihan Tokoh NILAM Negeri (Saringan > Khemah Membaca > Tokoh NILAM Negeri)

Khemah Membaca 2016 di BTPN N9 ( 7 - 9 Sept. 2016 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

26 March 2013

Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia 1/2013


Tarikh pinjaman: 26 Mac 2013
Tarikh pemulangan: 25 Jun 2013
Tempoh pinjaman: 3 bulan
Maksimum pinjaman bahan: 300 naskah
Pinjaman sebanyak: 100 naskah

  • Sukacita dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok kembali lagi. Kepada semua kakitangan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bolehlah mendapatkan koleksi-koleksi ini sebagai bahan bacaan dan rujukan.

  • Perkhidmatan ini dibuat 2 kali setahun oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Perpustakaan Negara Malaysia.

  • ProfPen telah membuat peminjaman sebanyak 100 naskah buku daripada 300 naskah buku maksimum untuk dipinjam selama 3 bulan.

  • Dengan adanya perkhidmatan ini dapat menambah koleksi sediada ProfPen


Antara senarai judul buku pinjaman berkelompok:




Laporan oleh:
Pembantu Perpustakaan
‘Bangsa Berjaya, Bangsa  Membaca’

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.