Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2016 di BTPN N9 ( 7 - 9 Sept. 2016 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

29 April 2013

PERTANDINGAN TOKOH NILAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013



Kami dari BTPNKL mengucapkan sekalung tahniah kepada empat orang calon tokoh NILAM Kuala Lumpur, terutamanya bagi kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah iaitu adik Ong Qiao Se (SJKC TAMAN CONNAUGHT) yang telah mendapat JOHAN bagi kategori Sekolah Rendah: Bahasa Inggeris dan adik Nanthini a/p Mageswaran (SM SAINS PUTERI) yang mendapat NAIB JOHAN bagi kategori Sekolah Menengah: Bahasa Inggeris pada Pertandingan NILAM Kebangsaan 2013 yang berlangsung pada 23 hingga 28 April 2013 di BTPN Selangor baru-baru ini. 

Bagi kategori Bahasa Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, jangan kecewa kerana anda adalah antara yang terbaik dikalangan yang  terbaik. Berikut adalah keputusan bagi kategori Bahasa Melayu Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Adik Parveen Kaur a/p Jagdev Singh (SM CONVENT SENTUL) mendapat tempat ke empat bagi kategori Sekolah Menengah: Bahasa Melayu dan kepada adik Nur Hayati binti Ahmad Baki ( SK TAMAN MIDAH) bagi kategori Sekolah Rendah: Bahasa Melayu tidak mendapat tempat 5 yang terbaik.  Walau bagaimanapun tahniah di atas komitmen dan usaha anda selama ini.





Posted By Library Assistant

16 April 2013

Pemantapan Calon Tokoh NILAM Kebangsaan 2013





Tarikh: 16-18 April 2013
Masa: 8:30pg – 4:30ptg
Tempat: ProfPen, BTPNKL

Pemantapan Tokoh NILAM 2013 bagi sesi ketiga telah diadakan  di ProfPen BTPNKL. Latihan ini telah dijalankan oleh enam orang Jurulatih NILAM dan seorang Jurulatih jemputan  Unit PSP masih menggunakan khidmat dari Jurulatih NILAM yang sama seperti pada sesi pertama  Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM ini bertujuan untuk memurnikan dan memantapkan lagi  kemahiran yang perlu ada pada calon-calon Tokoh NILAM. Latihan ini adalah sesi latihan yang terakhir sebelum keempat-empat calon Tokoh NILAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini menyertai pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan yang bakal diadakan pada penghujung bulan April ini.
Berikut adalah jadual bagi sesi kedua Pemantapan Tokoh NILAM 2013 




Laporan oleh Pn Rosilawati Maabar
Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.