Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Sorotan Majlis Anugerah NILAM WPKL 2016 ( 2 Nov. 2016 )

Multimedia Proses Pemilihan Tokoh NILAM Negeri (Saringan > Khemah Membaca > Tokoh NILAM Negeri)

Khemah Membaca 2016 di BTPN N9 ( 7 - 9 Sept. 2016 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

30 August 2013

Salam Kemerdekaan Kali ke 56



Kami dari Unit PSP mengucapkan Salam Merdeka dan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 56.  Sejarah masa lampau merupakan cermin masa depan kita. Kita banyak belajar daripada apa yang telah berlaku pada masa lampau. Bangsa yang tidak mengetahui sejarah masa lampaunya tidak akan mampu membangunkan masa depannya. Justeru, kita wajar menghayati sejarah perjuangan kemerdekaan yang dikemudi oleh para pejuang kemerdekaan masa dahulu supaya kita dapat menyumbang demi untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. Hayatilah erti kemerdekaan dengan sebenar-benarnya, seterusnya menyumbang ke arah memastikan kedaulatan kita sentiasa terjamin. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Hayatilah VIDEO lagu patriotik ini : 
Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku






Posted By Library Assistant

BENGKEL PEMANTAPAN PUSAT SUMBER

TEMPAT: PUSAT KEGIATAN GURU PUDU
TARIKH: 29 OGOS 2013 ( KHAMIS )
MASA: 8:30pg - 4:30ptg

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
  • Taklimat daripada PKG
  • Galakan Membaca
  • NILAM
  • Pengurusan Pusat Sumber Mengikut Instrumen Peringkat Kebangsaan
  • Sesi perbincangan
PEGAWAI YANG TERLIBAT:
  • Pn. Arinawati bt Mohd Yassin
  • Pn. Rosilawati bt Maabar
  • En. Nazri b. Ishak
PESERTA:
Semua GPM sekolah di bawah PKG Pudu


Posted By Library Assistant

29 August 2013

KHIDMAT BANTU PSS SMAIWP


TARIKH: 28 OGOS 2013 ( RABU )
TEMPAT: PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
MASA: 8:30PG – 4:30PTG

Aktiviti ini melibatkan kerjasama diantara Unit PSP BTPNWPKL bersama PKG Pudu untuk membangunkan Pusat Sumber Sekolah SMAIWP dan seluruh Pusat Sumber Sekolah Kuala Lumpur khasnya. Terimakasih kepada guru yang dipilih terlibat membantu aktiviti berbengkel ini. Kesemua mereka adalah seramai 8 orang GPM di bawah sekolah pengurusan Pusat Kegiatan Guru Pudu. Diharapkan semoga aktiviti berbengkel serta kerjasama GPM sekolah seperti ini dapat diteruskan dan diamalkan di dalam Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah di bawah PKG BTPNWPKL yang lain juga.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:  
  • MENYEDIAKAN DOKUMEN/FAIL
  • SUSUN ATUR/KECERIAAN PSS

PEGAWAI YANG TERLIBAT:
  • PN. ARINAWATI BINTI MOHD YASSIN
  • EN. NAZRI B. ISHAK
  • EN. KHAIRIZAL B. BAHARUDDIN
  Posted By Library Assistant

22 August 2013

Proses Saringan Pemilihan Tokoh NILAM 2013

Tarikh: 16 Ogos 2013 (Sekolah Rendah )
Tarikh: 17 Ogos 2013 (Sekolah Menengah )
Masa: 8:00pg – 1:00ptg
Tempat: Bilik Cempaka 2, BTPNWPKL

Unit PSP telah selesai melaksanakan Proses Saringan Pemilihan Tokoh NILAM 2013 bagi peringkat negeri selama dua hari iaitu pada hari Selasa (Sekolah Rendah ) dan Rabu ( Sekolah Menengah ) di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WPKL. Unit PSP telah melantik empat orang hakim untuk sekolah rendah dan menengah. Dimana dua orang hakim bagi kategori Bahasa Melayu dan dua orang hakim Bahasa Inggeris. Berikut adalah senarai nama hakim Proses Saringan NILAM 2013 yang telah dilantik bagi tahun 2013:

1. En. Zaini b. Mohd Endot ( Hakim Bahasa Melayu)
2. Pn. Haslizah bt. Jibin ( Hakim Bahasa Melayu)
3. En. Mohd Khairizal b. Baharuddin (Hakim Bahasa Inggeris)
4. Cik Syam Irza bt Mohd Sham (Hakim Bahasa Inggeris)

Pada 16 Ogos 2013 ( Selasa ) bagi kategori Sekolah Rendah, seramai 24 daripada 25 orang peserta  bagi kategori Bahasa Melayu dan 23 daripada 25 orang peserta bagi kategori Bahasa Inggeris telah hadir menjalani ujian penulisan dan lisan. Ini menjadikan jumlah peserta seramai 47 daripada 50 orang calon yang hadir bagi sekolah rendah tahun ini. Manakala pada 17 Ogos 2013 ( Rabu ) bagi kategori Sekolah Menengah pula, seramai 22 daripada 23 orang peserta  bagi kategori Bahasa Melayu dan 20 daripada 20 orang peserta bagi kategori Bahasa Inggeris telah hadir menjalani ujian penulisan dan lisan. Ini menjadikan jumlah peserta seramai 42 daripada 43 orang calon telah hadir bagi sekolah menengah tahun ini.

Pihak urus setia  ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon yang telah berjaya melepasi kesemua ujian saringan ini dan kepada semua guru pengiring yang telah hadir dan memberi kerjasama yang baik semasa proses penyerahan dokumen calon dijalankan.

Sekalung tahniah juga kepada semua pihak yang terlibat dalam kelancaran Proses Saringan Tokoh NILAM 2013 kali ini.


Posted By Library Assistant

15 August 2013

Bengkel Persediaan Bahan Ujian, Skema Jawapan & Instrumen Pemilihan Tokoh NILAM Negeri 2013

Tempat: ProfPen
Tarikh: 15 Ogos 2013 (KHAMIS)
Masa: 8:30pg - 4:30ptg

Satu aktiviti perbengkelan pembinaan bahan ujian, skema jawapan dan instrumen telah di adakan oleh Unit PSP sebelum Proses Saringan di jalankan. Unit PSP telah menjemput  hakim yang telah dilantik bagi Proses Saringan Tokoh NILAM Negeri untuk kategori bahasa melayu & bahasa inggeris bagi aktiviti ini. 
 
AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG HARI

  • Mengadakan perbincangan & menghasilkan sekurang-kurangnya 5 bentuk soalan beserta skema jawapan mengenai bahan ujian untuk penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi satiap kategori sekolah rendah & sekolah menengah.
  • Menyediakan bahan ujian dan skema jawapan sekurang-kurangnya 5 bentuk soalan ( bergambar & memberi pendapat )
  •  Menyediakan Borang Instrumen Pemarkahan ( Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris )
  • Mengumpul dan menyerahkan dokumen lengkap dalam bentuk hardcopy & softcopy kepada urus setia



Posted By Library Assistant

06 August 2013

Salam Lebaran 1434H



Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.