Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2016 di BTPN N9 ( 7 - 9 Sept. 2016 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

29 October 2013

JEMPUTAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMBACA PROGRAM NILAM 2013

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPNWPKL) akan mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program NILAM Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2013 pada ketetapan berikut:

TARIKH:
31 OKTOBER 2013 (Khamis)

MASA: 
8:00 pg - 12:00 tghr

PENDAFTARAN:
8:00 pg - 9:00 pg

TEMPAT: 
Dewan Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP)

Sehubungan dengan itu, penerima hadiah adalah dijemput hadir bersama-sama dengan Guru Pengiring.  

Posted By Library Assistant

28 October 2013

PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) 2013

Untuk makluman sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program utama Kementerian Pendidikan Malaysia yang diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) iaitu Program KM1M 2013 akan berlangsung selama 3 hari (28-30 OKTOBER 2013). 

Pelancaran program akan diadakan pada ketetapan berikut:

TEMA: MEMBACA JAMBATAN ILMU
Tarikh: 28 Oktober 2013 (Isnin)
Masa: 9:00pg
URUSETIA: Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)

Sehubungan itu pihak sekolah diminta menjalankan aktiviti sempena Program KM1M 2013 di sekolah masing-masing seperti :


  • Pertandingan Bercerita
  • Pameran Buku
  • Jejak Maklumat
  • Deklamasi sajak/syair/gurindam

dan sebagainya.

Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.