Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Sorotan Majlis Anugerah NILAM WPKL 2016 ( 2 Nov. 2016 )

Multimedia Proses Pemilihan Tokoh NILAM Negeri (Saringan > Khemah Membaca > Tokoh NILAM Negeri)

Khemah Membaca 2016 di BTPN N9 ( 7 - 9 Sept. 2016 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

24 July 2014

Salam Aidilfitri 1435H

Dikesempatan ini Unit PSP BTPNWPKL ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi. Mohon maaf dipinta, terimalah serangkap pantun ini buat semua:
Kecil-kecil sudah pandai bergaya,
Bergaya untuk hari raya,
BAHASA MUDA PENUH GELORA,
BAHASA TUA PENUH KESABARAN DIDADA.
Selamat Hari Raya :)

Posted By Library Assistant

21 July 2014

Bengkel Persediaan Bahan Ujian, Skema & Instrumen Pemilihan Tokoh NILAM Negeri 2014

Tempat: ProfPen
Tarikh: 21 Julai 2014 (ISNIN)
Masa: 8:30pg - 4:30ptg

Satu aktiviti perbengkelan pembinaan bahan ujian, skema jawapan dan instrumen telah di adakan oleh Unit PSP sebelum Proses Saringan di jalankan. Unit PSP telah menjemput  hakim yang telah dilantik bagi Proses Saringan Tokoh NILAM Negeri untuk kategori bahasa melayu & bahasa inggeris bagi aktiviti ini. 

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG HARI

  • Mengadakan perbincangan & menghasilkan sekurang-kurangnya 5 bentuk soalan beserta skema jawapan mengenai bahan ujian untuk penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi satiap kategori sekolah rendah & sekolah menengah.
  • Menyediakan bahan ujian dan skema jawapan sekurang-kurangnya 5 bentuk soalan ( bergambar & memberi pendapat )
  • Menyediakan Borang Instrumen Pemarkahan ( Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris )

  • Mengumpul dan menyerahkan dokumen lengkap dalam bentuk hardcopy & softcopy kepada urus setia
Posted By Library Assistant

07 July 2014

Ketua Penolong Pengarah Baru BTPNWPKL

Tahniah di atas perlantikan En Zainuddin Bin Hj Othman sebagai Ketua Penolong Pengarah yang baru Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkuatkuasa pada 1 Julai 2014. 



Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.