Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

15 September 2014

Khemah Membaca Di Portal BERNAMA

Tajuk: Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Tahun 2014
Wartawan: Afiqah Amat Rozi 



Sila klik untuk melihat laporan yang disediakan oleh wartawan BERNAMA

Posted By Library Assistant

Khemah Membaca 2014

Tarikh             :           08 hingga 11 September 2014
Hari / Malam   :            4 hari, 3 malam.
Tempat           :           Kem Bumi Jati, Shah Alam
Bil. Murid         :           36/40 orang

Program Khemah Membaca adalah satu platform pemberian insentif kepada murid yang gigih dan telah mencapai tahap pembacaan yang boleh dibanggakan melalui Program NILAM di sekolah masing-masing berasaskan ciri-ciri kepimpinan kebolehan, personaliti, ketrampilan diri dan kematangan murid.

Program ini mengumpulkan murid-murid yang terpilih dari sekolah -   sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu jangka masa tertentu   untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembacaan dan tugasan  yang berteraskan pelajaran. Oleh itu,  para peserta dapat berinteraksi, bekerjasama ,mendapat pendedahan tentang pembacaan dan menimba ilmu semasa menjayakan aktiviti atau tugasan yang disediakan.

Program Khemah Membaca 2014,  anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur ( BTPNWPKL ) telah dilaksanakan di Kem Bumi Jati pada 8 hingga 11  September 2014. Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada  17 orang  murid sekolah menengah dan 19 orang murid sekolah rendah telah menyertai program ini. Manakala sejumlah 8 orang Jurulatih Utama sebagai hakim serta 8 orang pegawai dan urus setia daripada BTPNWPKL menyertai program ini dan menjalankan tugas sebagai fasilitator, hakim, dan urus setia.

Program Khemah Membaca yang diadakan bertujuan  untuk  memilih seorang  Tokoh NILAM 2011 peringkat negeri bagi sekolah menengah dan rendah bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.. Murid yang terpilih akan mewakili Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan pada tahun 2015.

           Majlis Perasmian Penutupan merupakan sebagai penutup tirai Program Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri 2014. Majlis ini telah dirasmikan oleh En Mohd Zabidi bin Ismail, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WP Kuala Lumpur (BTPNWPKL) mewakili Ketua Penolong Pengarah, BTPNWPKL.

           Pihak penganjur mengucapkan tahniah dan  terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan  program ini.

Berikut adalah nama pemenang mengikut kategori:

A. KATEGORI BAHASA MELAYU (Sekolah Rendah)
  
1. NUR IRDINA BT ABDUL KHER
    (SK Taman Tun  Dr Ismail 2, Kuala Lumpur)

2. ATHIRA BT. ZAINAL ARIFFIN
    (SK Danau Kota 2, Kuala Lumpur )

3. ALIA NATASHA BT ABDUL HAI
   (SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur) 

B. KATEGORI BAHASA MELAYU(Sekolah Menengah)

1.MUHAMMAD HAKIM B. HASBULLAH
  (SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur)

2.LUQMAN AL-HAKIM B. MOHD FAUZI
  (SM Agama Majlis Agama Islam WP)

3.WATIHAH BT FATEHUL AZIS
  (SMK Puterijaya, Kuala Lumpur)
   

C. KATEGORI BAHASA INGGERIS (Sekolah Rendah)

1.GAN JIN JIN
   (SJKC Jalan Davidson, Kuala Lumpur)

2.GEE PEI XUEN
   (SK Taman Segar, Kuala Lumpur)

3.MERNA ANUSHRII A/P SRI BALA KUMARA GURUBARAN
  (SK Bandar Baru Sentul)
  

D. KATEGORI BAHASA INGGERIS (Sekolah Menengah)

1.NUR FATIHAH BT. MOHAMMAD NOR
  (SM Sains Seri Puteri)

2.MUHAMMAD ZULHAIQAL IQMAL B. ZULKIFLY
  (SMK Aminuddin Baki)

3.KAMALASHINI A/P KANENDRAN
  (SMK Convent Sentul)

Gambar dari kiri: En Zabidi Ismail, Muhammad Hakim Hasbullah (SMK Segambut Jaya), Nur Irdina Abdul Kher (SK Taman Tun Dr. Ismail 2), Gan Jin Jin (SJKC Jln Davidson), Nur Fatihah Mohammad Nor, Pn Arinawati Mohd Yassin & Pn Zalilah Abd. Jalil.


Laporan: Pn Arinawati Mohd Yassin
Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.