Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Sorotan Majlis Anugerah NILAM WPKL 2016 ( 2 Nov. 2016 )

Multimedia Proses Pemilihan Tokoh NILAM Negeri (Saringan > Khemah Membaca > Tokoh NILAM Negeri)

Khemah Membaca 2016 di BTPN N9 ( 7 - 9 Sept. 2016 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

20 November 2014

Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia 2/2014

Tarikh pinjaman: 19 NOV. 2014
Tarikh pemulangan: 19 FEB. 2015
Tempoh pinjaman: 3 bulan
Maksimum pinjaman bahan: 300 naskah
Pinjaman sebanyak: 146 naskah

  • Sukacita dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok kembali lagi buat kali kedua tahun ini. 

  • Perkhidmatan ini dibuat 2 kali setahun oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Perpustakaan Negara Malaysia.

  • Pada kali ini ProfPen telah membuat pinjaman sebanyak 146 naskah buku daripada 300 naskah buku maksimum untuk dipinjam selama 3 bulan.

  • Kepada semua kakitangan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bolehlah mendapatkan koleksi-koleksi ini sebagai bahan bacaan atau rujukan.

Posted By Library Assistant

05 November 2014

Kem Membaca 1Malaysia ( KM1M )

Tarikh: 4 November 2014
Tempat: Perpustakaan Kuala Lumpur Cawangan Taman Tun Dr. Ismail
Masa: 8:00pg - 1:30tghr

Kem Membaca 1Malaysia merupakan 1 aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) bertujuan untuk menggalakkan pembacaan untuk mengisi waktu dan seterusnya mengekalkan momentum pembelajaran murid. Berikut adalah sekolah yang hadir mengambil bahagian ( 3 orang wakil bagi setiap sekolah ):

1. SK Bukit Bandaraya
2. SK Taman Tun Dr. Ismail 2
3. SK Bandar Tasik Selatan
4. SK Alam Damai
5. SJKC St. Teresa
6. SJKC Jinjang Tengah 1
7. SJKC Mun Yee
8. SJKC Khai Chee
9. SJKC Jln Davidson
10. SJKT Vivekananda
11. SJKT Ladang Edinburgh
12. SJKT St. Joseph
13. SJKT Jln Cheras

Seramai 39 orang murid, dimana 3 wakil bagi setiap sekolah telah mengambil bahagian. Murid telah dibahagikan kepada 9 buah kumpulan yang akan melalui 6 seksyen aktiviti. Tahniah kepada kumpulan yang telah menang iaitu:

Tempat Pertama: Kumpulan 9 : 96 markah
Tempat Kedua: Kumpulan 1 : 95 markah
Tempat Ketiga: Kumpulan 7 : 93 markah


Jutaan Terima kasih kepada JPWPKL, Perpustakaan Kuala Lumpur, UiTM Kampus Puncak Perdana Shah Alam, sekolah sekolah yang mengambil bahagian, guru-guru, Jurulatih Utama, para pegawai BTPNWPKL dan PKG serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.


Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.