Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

25 February 2015

Pemantapan Tokoh NILAM 2015 (Siri 1)

Tarikh: 25-26 Februari 2015 ( Rabu – Khamis )
Masa: 8:30pg – 4:30ptg
Tempat: ProfPen, BTPNKL

Pemantapan Tokoh NILAM 2015 bagi siri pertama telah dijalankan  di ProfPen BTPNKL. Latihan ini telah dijalankan bersama lapan orang Jurulatih NILAM. Bagi tahun ini Unit PSP menggandingkan khidmat dari Jurulatih NILAM yang lama dan yang baru..  Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM ini bertujuan untuk memurnikan dan memantapkan lagi  kemahiran yang perlu ada pada calon-calon Tokoh NILAM.

Jurulatih Pemantapan Tokoh NILAM:
  1. Pn Zailiza bt Mohd. Rahzali ( SMK Padang Tembak )
  2. Pn Nik Musalina bt Nik Mustapha (SMK Danau Kota )
  3. Pn Zalilah bt Abd Jalil ( SMK Cheras )
  4. Pn Asiah bt Hassan ( SMK Setapak )
  5. Pn Parameswary a/p Doraisamy ( SK Seri Bintang Selatan )
  6. Pn Nurul Aidah @ Khasittaton  bt Deraman ( SK Wangsa Melawati )
  7. Pn Salina bt. Mohd Dahlan ( SMK Orkid Desa ) : Jurulatih Baru
  8. Pn Haliza bt. Muhamat Dawam ( SK Intan Baiduri ) : Jurulatih baru
Calon Sekolah Menengah:
  1. Muhammad Hakim b. Hasbullah ( SMK Segambut Jaya ) : Kategori Bahasa Melayu 
  2. Nur Fatihah Bt Mohammad Nor ( SM Sains Seri Puteri ) : Kategori Bahasa Inggeris
Calon Sekolah Rendah:
  1. Nur Irdina Batrisyia bt Abdul Kher ( SK Taman Tun Dr Ismail 2 ) : Kategori Bahasa Melayu
  2. Gan Jin jin ( SJK C Jalan Davidson ) : Kategori Bahasa Inggeris.

Posted By Library Assistant

09 February 2015

Mesyuarat JK Gerakan Galakan Tabiat Membaca Peringkat Negeri Bil.1/2015

Tempat: Bilik Mesyuarat Bunga Raya, BTPNWPKL
Masa: 9:00pg - 12:00 tghr 
Tarikh: 6 Februari 2015
Urus setia: Unit PSP

Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan JPWP Ybhg. Datin Nawal bt Salleh dan  dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah BTPNWPKL En Zainuddin B. Othman, wakil 4PSM, Pengerusi Majlis Guru Besar WPKL, PPW Pudu Bangsar, Ketua Sektor Akademik JPWPKL, Ketua Sektor Akademik Bahasa Melayu, Ketua Sektor Akademik Bahasa Inggeris dan wakil pegawai dari setiap unit di BTPNWPKL serta PKGWPKL.

Pembentangan Laporan Aktiviti: 
1. Kem Membaca 1Malaysia (KM1M): Oleh En Mohd Zabidi B. Ismail (Ketua Unit PSP) 
2. Program NILAM: Oleh Pn Rosilawati Binti Maabar
  • Galakkan Membaca
  • Pelaksanaan Program NILAM
  • Anugerah NILAM
3. Tokoh NILAM: Oleh Pn Arinawati Binti Mohd Yassin
4. IQPSS: Oleh Pn Arinawati Binti Mohd Yassin
5. Pusat Sumber Cemerlang: Oleh Pn Arinawati Binti Mohd Yassin
6. Perancangan Tahun 2015: Oleh En Mohd Zabidi B. Ismail (Ketua Unit PSP).

Mesyuarat di akhiri dengan agenda Hal-hal lain dan sesi soal jawap.


Posted By Library Assistant

05 February 2015

Taklimat Guru Perpustakaan Media (GPM) WPKL 2015

Unit PSP BTPNWPKL akan melaksanakan taklimat bersama-sama dengan Pusat Kegiatan Guru bermula 04 - 11 Februari 2015 kepada GPM WPKL. Sehubungan dengan itu GPM WPKL diminta hadir pada ketetapan berikut:

Bil.
Sekolah Ahli PKG

Tempat
Tarikh
Masa
1
Ahli PKG Pudu

BTPNWPKL
04.2.2015





8:00pg – 1:00ptg
2
Ahli PKG Segambut Jaya

PKG Keramat
05.2.2015
3
Ahli PKG Keramat

PKG Keramat

05.2.2015

4
Ahli PKG Kg. Pandan

PKG Kg. Pandan
09.2.2015
5
Ahli PKG Bangsar

PKG Bangsar
10.2.2015
6
Ahli PKG Sentul

PKG Sentul
11.2.2015


Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.