Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

13 October 2015

Khemah Membaca 2015

Tarikh: 29 Sept. - 2 Okt. 2015
tempat: Kem Bumi Jati, Shah Alam

Program ini mengumpulkan murid-murid yang terpilih dari sekolah -   sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu jangka masa tertentu   untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembacaan dan tugasan  yang berteraskan pelajaran. Oleh itu,  para peserta dapat berinteraksi, bekerjasama ,mendapat pendedahan tentang pembacaan dan menimba ilmu semasa menjayakan aktiviti atau tugasan yang disediakan.
Hari Pendaftaran Di BTPNWPKL

Program yang diadakan setiap tahun ini bertujuan memilih wakil Tokoh NILAM negeri peringkat WPKL mengikut empat kategori iaitu:

1. Sekolah Rendah Bahasa Melayu
2. Sekolah Rendah Bahasa Inggeris
3. Sekolah Menengah Bahasa Melayu
4. Sekolah Menengah Bahasa Inggeris

Majlis telah dirasmikan oleh En Zainuddin bin Othman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WP Kuala Lumpur (BTPNWPKL) semasa majlis penutupan Majlis penutupan merupakan sebagai tirai penutup Program Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri 2015. 

Pihak penganjur mengucapkan tahniah dan  terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan  program ini.
Majlis Penutup Khemah Membaca 2015

Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.