Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Sorotan Majlis Anugerah NILAM WPKL 2016 ( 2 Nov. 2016 )

Multimedia Proses Pemilihan Tokoh NILAM Negeri (Saringan > Khemah Membaca > Tokoh NILAM Negeri)

Khemah Membaca 2016 di BTPN N9 ( 7 - 9 Sept. 2016 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

26 February 2016

Bengkel Literasi Maklumat 2016

Tempat: Dewan Orkid, Perpuatakaan Kuala Lumpur Jalan Raja
Tarikh: 25 Feb. 2016 ( Khamis )
Masa: 8:00 - 17:00

Unit PSP BTPNWPKL telah bekerjasama bersama Perpuatakaan Kuala Lumpur bagi menjalankan aktiviti perkongsian pintar ini dengan mengadakan Bengkel Literasi Maklumat 2016 untuk GPM WPKL. Seramai 77 orang peserta telah hadir untuk bengkel bagi tahun ini. Seramai 8 orang pegawai BTPNWPKL & PKG KL terlibat sebagai urus setia bengkel dan 4 orang pegawai daripada Perpustakaan Kuala Lumpur.

Bengkel kali ini telah menjemput Encik Mohammad Fazli b Baharuddin yang merupakan pensyarah di Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM dan merupakan pensyarah bagi Information Literacy and School Resource Center Management. Bengkel ini dibahagikan kepada 2 sesi:

Sesi 1: Kepentingan Literasi Maklumat Pelajar Sekolah
Sesi 2: Modul Literasi Maklumat dan Strategi Pencarian Maklumat ( Latihan )

Bengkel ditamatkan selepas penyampain sijil dan sesi fotografi bersama semua AJK terlibat dan GPM WPKL


Posted By Library Assistant

24 February 2016

Kursus Pengawas PSS SK Hisamudin

Tempat: Hotel Citrus
Tarikh: 19 Feb 2016
Masa: 9 mlm - 11 mlm
Peserta: 45 orang Pengawas PSS
Penceramah: Pn Arinawati bt Mohd Yassin
GPM: En Samsudin b Isa ( SK Hisamudin )

Penerangan proses teknik buku oleh Pn Arinawati Mohd Yassin

Pengawas PSS SK Hisamudin

Posted By Library Assistant

10 February 2016

Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia 1/2016

Tarikh pinjaman PNM: 05 Feb. 2016
Tarikh pemulangan PNM: Sebelum 05 Mei 2016
Tempoh pinjaman: 3 bulan
Maksimum pinjaman bahan: 300 naskah
Pinjaman sebanyak: 101 naskah


Pinjaman & Pemulangan BTPNWPKL: 05 Feb 2016 - 29 April 2016
Pemulangan buku: Setiap hari Jumaat 
Maksimum pinjaman: 5 buah buku.
Lokasi buku: Mini ProfPen ( Pejabat 2, Tingkat 1 BTPNWPKL )


  • Pada tahun ini ProfPen telah membuat pinjaman sebanyak 101 naskah buku daripada 300 naskah buku maksimum untuk dipinjam selama 3 bulan. Berbanding dengan pinjaman siri 1/2015 iaitu sebanyak 200 naskah buku tahun ini lebih rendah berbanding tahun lalu kerana mengikut kesesuaian kapasiti 'Mini ProfPen' yang berlokasi di Bilik Gerakan kerana ProfPen ditutup sementara bagi tujuan penyelenggaraan.

  • Tahun ini Unit PSP akan adakan aktiviti NILAM 2016 sebanyak 2 kali setahun dikalangan staf BTPNWPKL. Kepada staf BTPNWPKL, ProfPen ada berita baik untuk anda, aktiviti NILAM ini juga menyediakan hadiah kepada pembaca terbanyak. Untuk makluman, pinjaman kali ini ada pelbagai genre dan sila lihat senarai judul-judul buku dengan klik pautan yang disediakan di bawah laporan ini dan klik butang 'zoom in' pada paparan senarai judul buku.  

  • Sekiranya berminat untuk pinjaman buku tersebut, anda dijemput mendapatkan pinjaman koleksi-koleksi buku kegemaran di Mini ProfPen sebagai bahan bacaan selain daripada bahan bacaan peribadi. Pinjaman boleh di buat bila-bila masa dan pemulangan ditetapkan pada hari Jumaat dan tarikh terakhir pinjaman adalah 1 minggu sebelum tarikh Pinjaman Berkelompok kepada PNM ditutup iaitu 29 April 2016 kerana urusan pemulangan semula buku pinjaman.


Posted By Library Assistant

04 February 2016

Lawatan Tapak: Taklimat Pengetua & Guru Besar Di Kolej YPC Cheras

Tarikh: 3 Feb. 2016 ( Rabu )
Masa: 10:00 pg
Tempat: Kolej YPC Taman Maluri, Cheras

Unit PSP dalam usaha untuk mendapatkan dewan yang boleh menghimpunkan kapasiti kesemua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah di Kuala Lumpur bagi tujuan menganjurkan Taklimat Pengetua & Guru Besar 2016 bersama UPSP, BTPNWPKL. 

Lawatan tapak telah dilakukan di Kolej YPC Taman Midah, Cheras. Perbincangan bersama dengan Datuk Dr. Noel Robert ( Pengetua / Pengarah Kolej YPC ) dan dibantu oleh pembantu beliau untuk membawa wakil PSP melihat kemudahan yang terdapat di kolej YPC.

Perbincangan tarikh, masa dan program oleh Pn Arinawati Mohd Yassin ( Ketua Unit PSP) & Pn Rosilawati Maabar ( PTP Unit PSP ) bersama Datuk Dr. Noel Robert dan pembantu beliau.
Kami dibawa melihat beberapa lokasi yang diperlukan untuk taklimat:

1. Cafeteria 
2. Lokasi dewan ( Tingkat 4 ): terdapat 2 lif & tangga
3. Kapasiti dewan seramai 400 peserta ( P.A System, pentas untuk penceramah dan kerusi )
4. Tempat letak kereta 



Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.