Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

26 May 2016

NILAM Sekolah Dalam Hospital PPUKM & Majlis penyerahan Netbook 1Malaysia

Tarikh: 25 Mei 2016 ( Rabu )
Masa: 8:30pg
Tempat; Sekolah Dalam Hospital PPUKM Cheras K.L

Satu lawatan dan majlis ringkas penyerahan Netbook 1Malaysia telah berlaku di Sekolah Dalam Hospital PPUKM. Majlis ini telah dihadiri oleh Tuan Haji Ismail b. Musa ( Timbalan Pengarah Pendidikan ), En Zainuddin b Othman ( Ketua Penolong Pengarah BTPN WPKL ), En Mustapa Alba b. Umar ( Penolong Pengarah BTPN WPKL ), Pn Arinawati bt Mohd Yassin ( Ketua Unit PSP ) & 3 orang pegawai PKG. BTPN WPKL telah menyerahkan Netbook 1Malaysia kepada 3 buah Sekolah Dalam Hospital masing-masing sekolah ahli di bawah 3 Pusat Kegiatan Guru. Iaitu PKG Pudu ( S.D.H PPUKM ), PKG Bangsar ( S.D.H UM ) & PKG Keramat ( S.D.H HKL ). Sekolah Dalam Hospital ini masing-masing menerima 3 buah Netbook 1Malaysia. 




Posted By Library Assistant

18 May 2016

Bengkel Literasi Teknologi 2016

Tarikh: 17 Mei 2016 ( Selasa )
Tempat: Auditorium Elyas Omar, Perpustakaan Kuala Lumpur
Masa: 9:00pg - 4:30ptg

Bengkel ini adalah kerjasama antara Unit PSP, BTPN WPKL bersama-sama Perpustakaan Kuala Lumpur & UiTM.

Aktiviti yang dijalankan:

  • Sesi perkongsian maklumat
  • Lawatan booth pameran
  • Bengkel literasi




Posted By Library Assistant

17 May 2016

ANALISIS PENCAPAIAN NILAM MENGIKUT KUTIPAN DATA NILAM MULAI JAN HINGGA MAC 2016


PERKARA
PKG BANGSAR
PKG KG PANDAN
PKG KERAMAT
PKG PUDU
PKG S.JAYA
PKG SENTUL
BTPNWPKL
BIL SEK

51
51
53/55
54/56
44/46
44
297/303
PERATUS PENGLIBATAN SEKOLAH

100%
100%
96.36%
96.42%
95.65%
100%
98%
PERATUS PENGLIBATAN MURID

95.85%
95.14%
91.62%
88.38%
90.42%
97.07%
93.00%
PERATUS PENCAPAIAN JAUHARI

18.23%
11.73%
13.73%
20.00%
15.20%
21.71%
16.92%
BIL SEKOLAH CAPAI PENGLIBATAN MURID  100 PERATUS
44
( 86% )
40
( 78% )
26
( 49% )
33
( 61% )
28
( 64% )
30
( 68% )
201
( 68% )








PERATUS PENCAPAIAN JAUHARI:
Adalah peratus bilangan murid yang telah mencapai tahap Gangsa hingga Nilam bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.

SENARAI SEKOLAH YANG TIDAK MENGISI DATA NILAM JAN-MAC 2016:

PKG KERAMAT
1.         (SM)    Kolej Vokasional Setapak –  (Kolej)*
2.         (SM)    Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih*

PKG SEGAMBUT JAYA
1.         (SR)      SK Menjalara
2.         (SM)    SM Desa Mahkota (Kolej)*

PKG PUDU
1.         (SM)    SMK (L) Methodist
2.         (SM)    SMISTA (sekolah baru)*

*ADALAH DICADANGKAN UNTUK TUJUAN PELAPORAN DATA NILAM, SEKOLAH YANG TIDAK TERLIBAT DI DALAM PROGRAM NILAM PERLU DIKELUARKAN DARI SENARAI SEKOLAH AHLI PKG KUALA LUMPUR .(untuk mengelakkan kekeliruan data dan menurunkan peratus pencapaian NILAM WPKL)

Analisa oleh: 
Pn. Rosilawati Maabar ( PTP BTPNWPKL )

04 May 2016

Pertandingan NILAM Peringkat Kebangsaan 2016: WPKL johan bagi kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

Tarikh: 25 April - 1 Mei 2016
Tempat: BTPN Selangor

Tahniah kami ucapkan kepada wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan  iaitu Natalie Chan Jia Yiing ( SJKC Kuan Cheng 2 ) kerana telah meraih tempat pertama bagi kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah & juga bagi kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah, Nabeel b. Kamarul Bahren ( SMK Aminuddin Baki ) turut mendapat tempat ke-4 ( saguhati ).

Peningkatan kualiti daripada pesaing wakil negeri-negeri lain dan kehendak standard pertandingan yang semakin tinggi terhadap bakal pemenang Tokoh NILAM Kebangsaan kali ini  turut memberi kesan kepada dua wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi kategori Bahasa Melayu iaitu Nurul Najla bt Mohd Faizal dari sekolah SK Taman Melati ( kategori sekolah sendah) & Nur Sakinah bt Mohamad Isa dari sekolah SM Sains Puteri ( kategori sekolah menengah )  menyebabkan mereka tidak meraih sebarang tempat di dalam pertandingan.  

Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada mereka berdua tetapi mereka telah berusaha sehabis baik sepanjang program pemantapan dijalankan sehingga kehari terakhir pertandingan NILAM Kebangsaan 2016. Tahniah & terima kasih diucapkan kerana anda tetap yang terbaik dikalangan yang terbaik untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dari Kiri: Nur Sakinah bt Mohamad Isa, Nabeel b Kamarul Bahren, Nurul Najla bt Mohd Faizal &
Natalie Chan Jia Yiing


Pengisian aktiviti di BTPN Selangor


Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.