Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

11 August 2016

Proses Saringan NILAM 2016

Tempat: ProfPen & Cempaka 1
Tarikh: 9 & 10 Ogos 2016 ( Selasa & Rabu )
Masa: 8:00pg

Unit PSP di BTPNWPKL telah menjalankan aktiviti Proses Saringan dan tapisan pelajar yang tercalon bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama dua hari. Proses Saringan bagi calon sekolah rendah berlaku pada 9 Ogos 2016 ( Selasa ) dan calon sekolah menengah pada 10 Ogos 2016 ( Rabu ). Mereka adalah antara calon yang akan disenarai pendekkan untuk dibawa ke peringkat seterusnya iaitu Khemah Membaca 2016.
Video telah di sediakan oleh En Mohd Khairizal b. Baharuddin ( Unit MIP BTPN WPKL )


Pada 9 Ogos 2016 ( Selasa ), dua kategori iaitu kategori Bahasa Melayu sekolah menengah & Bahasa Inggeris sekolah menengah dipertandingkan dan seramai 25 calon bagi setiap kategori telah dipanggil untuk menjalani Proses Saringan ini.   Bagi kategori Bahasa Inggeris sekolah menengah seramai 23/25 calon yang hadir manakala bagi calon Bahasa Melayu sekolah menengah pula 20/25 sahaja calon yang hadir.


Pada 10 Ogos 2016 ( Rabu ) pula, Proses Saringan bagi peringkat sekolah rendah telah dijalankan. Juga mencalonkan 25 orang calon bagi setiap kategori. Bagi kategori Bahasa Inggeris sekolah Rendah seramai 24/25 calon yang hadir manakala bagi calon Bahasa Melayu sekolah rendah pula seramai 23/25 sahaja calon yang hadir.



Calon-calon telah diadili oleh hakim-hakim yang layak dan telah dilantik. Mereka adalah:



Kategori Bahasa Melayu:


Pn. Zalilah bt. Abd. Jalil
SMK Cheras, Kuala Lumpur.

Pn. Siti Noor Hidayahti bt Rohani
SK Desa Pandan, Kuala Lumpur

Pn. Haliza bt Mohd Dawam
SK Intan Baiduri, Kuala Lumpur.

Pn. Noriah bt Awang
SK Segambut Makmur, Kuala Lumpur.


Kategori Bahasa Inggeris:

Cik Jamielah bt Mohd Dahalan
SMK Kepong Baru, Kuala Lumpur

Pn. Oni Samsida bt Ibrahim
SK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Pn. Parameswary a/p Doraisamy
SK Seri Bintang Selatan,Kuala Lumpur

Cik Juraliana bt Arbain
SK Sentul 1, Kuala Lumpur


Terima kasih diucapkan kepada juri atau para hakim yang menilai pelajar tokoh NILAM. Pada peserta atau pelajar yang gagal, janganlah berputus asa, berusaha lagi pada tahun akan datang.



Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.