Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

19 September 2016

Khemah Membaca 2016

Tarikh: 7-9 September 2016
Tempat: BTPN Negeri Sembilan


Video daripada En Saifizan Afzarin b. Abdul Mutalib ( PKG Sentul )

Program ini mengumpulkan murid-murid yang terpilih dari sekolah -   sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu jangka masa tertentu   untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembacaan dan tugasan  yang berteraskan pelajaran. Oleh itu,  para peserta dapat berinteraksi, bekerjasama, mendapat pendedahan tentang pembacaan dan menimba ilmu semasa menjayakan aktiviti atau tugasan yang disediakan.


Majlis telah dirasmikan oleh En Mustapa Alba b. Umar ( Penolong Pengarah, BTPN WPKL ) semasa majlis penutupan kami juga turut menjemput Pn Nurhafiza bt Baharuddin ( Ketua Unit Pengurusan Strategik BTPN Negeri Sembilan ) bagi mewakili KPP BTPN Negeri Sembilan untuk bersama-sama memeriahkan majlis penutupanMajlis penutupan merupakan sebagai tirai penutup Program Khemah Membaca dan Pemilihan Tokoh NILAM Negeri 2016. 


Pihak penganjur mengucapkan tahniah dan  terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan  program ini terutama kepada BTPN Negeri Sembilan kerana telah memberikan perkhidmatan dan kerjasama yang sangat baik kepada kami, para hakim yang terpilih serta para pegawai BTPN WPKL & PKG KL.

Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.