Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

19 October 2016

BENGKEL LAPORAN BENGKEL PELUPUSAN, AWET JILID DAN BAIK PULIH BUKU PUSAT SUMBER SEKOLAH 2016

Bengkel Laporan Bengkel Pelupusan, Awet Jilid Dan Baik Pulih Buku Pusat Sumber Sekolah anjuran Persatuan Perpustakaan Sekolah Kuala Lumpur dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia telah berjaya diadakan di Pusat Kegiatan Guru Sentul, Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2016.

Bengkel sehari ini merupakan cetusan idea dari Puan Haslizah bt Jibin dan telah dikemukakan kepada Tuan Ketua Penolong Pengarah BTPNWPKL atas keperluan dan permohonan oleh Guru Perpustakaan Sekolah di bawah  sekolah ahli PKG Segambut Jaya.


Bengkel ini bertujuan untuk memberi imput kepada GPM tentang pengurusan, penjagaan dan pelupusan buku agar Pusat Sumber Sekolah hanya mempunyai buku-buku yang berkualiti dan lebih sistematik dari segi pengurusan.

Seramai 56 orang  peserta yang merupakan Guru Perpustakaan Media dan Pegawai Pusat Kegiatan Guru Kuala Lumpur serta Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNWPKL telah menghadiri bengkel ini.    
 
Peserta juga telah diberi pendedahan mengenai proses pengurusan pelupusan buku dan pengurusan awet jilid dan baik pulih buku yang merupakan kemahiran yang sangat penting untuk dikuasai oleh semua Guru Perpustakaan Media serta peraturannya.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Khoddri bin Ramli iaitu seorang yang banyak pengalaman dari Unit Pemuliharaan, Perpustakaan Negara Malaysia.
Sesi soal jawab juga turut diadakan bersama penceramah untuk memastikan para peserta mendapat input yang mantap dari bengkel yang dihadiri.

Didapati peserta berpuashati dengan keseluruhan pengisian  dan penerangan yang telah diberikan semasa bengkel ini diadakan. Adalah diharapkan supaya para peserta bengkel ini dapat menyebarluaskan kemahiran yang diperolehi dan dikongsikan bersama Jawatankuasa Perpustakaan sekolah mereka.
 Encik Mohd Khoddri bin Ramli dari Unit Pemuliharaan, Perpustakaan Negara Malaysia













Laporan: Pn Rosilawati Maabar
Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.