Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

10 November 2016

Sorotan Majlis Anugerah NILAM 2016

Sorotan sepanjang Majlis Anugerah NILAM 2016


Persembahan BRS Band dari SK (L) Jln. Batu

Video-video ini telah disediakan oleh 
En Mohd Khairizal b. Baharuddin ( UMIP BTPNWPKL )



Posted By Library Assistant

03 November 2016

Keratan Akhbar: Majlis Anugerah NILAM 2016 di Kolej YPC

Khamis 3 November 2016 / 3 Safar 1438



TOKOH Nilam Bahasa Melayu Sekolah Rendah (SK), Aisyah Najihah Kamarulzaman dari SK Bellamy; Tokoh Nilam Bahasa Melayu Sekolah Menengah, Nur Syafiqah Aminuddin dari SMK Sains Seri Puteri; Tokoh Nilam Bahasa Inggeris Sekolah Menengah, Kamali Kannan dari SMK Sains Seri Puteri dan Tokoh Nilam Bahasa Inggeris Sekolah Rendah, Ng Zhi Ning dari SJKC Kuen Cheng 2 pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program Nilam 2016 di Kolej Antarabangsa YPC, hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Empat pelajar sekolah rendah dan menengah akan mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dalam Pertandingan Membaca Program Nilam peringkat kebangsaan tahun hadapan selepas dinobatkan sebagai johan tokoh kategori masing-masing, di sini hari ini.

Empat pelajar tersebut, Aisyah Najihah Kamarulzaman, 11, (SK Bellamy); Nur Syafiqah Aminuddin, 16, (SMK Sains Seri Puteri); Ng Zhi Ning, 11, (SJKC Kuen Cheng 2) dan K. Kamali, 16, (SMK Sains Seri Puteri) menjadi Johan Tokoh Nilam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kategori sekolah rendah dan menengah.

Bagi Aisyah Najihah, kemenangannya itu sama sekali tidak dijangka kerana saingan yang sangat sengit daripada wakil sekolah lain.

“Saya memang gemar membaca dan sering digelar ulat buku oleh rakan sekelas dan kini peluang mewakili WPKL ke peringkat kebangsaan akan saya manfaatkan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program Nilam WPKL yang disempurnakan Timbalan Pengarah Pendidikan WPKL, Ismail Musa, di Kolej Antarabangsa YPC, di sini hari ini.

Sementara itu, bagi Kamali yang memenangi kategori Bahasa Inggeris peringkat sekolah menengah pula, beliau akan membuat persediaan yang secukupnya bagi menghadapi cabaran di peringkat kebangsaan tahun hadapan.

“Buat masa sekarang, saya masih terkejut kerana berjaya memenangi pertandingan ini, jadi saya akan mendapatkan bantuan daripada guru sekolah untuk rancangan seterusnya.

“Tabiat membaca memang patut diamalkan masyarakat di semua peringkat umur, ia dapat meluaskan pengetahuan terhadap perkara yang tidak mampu dijangkau dalam masa yang singkat,” katanya. - UTUSAN ONLINE


Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.