Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Sorotan Majlis Anugerah NILAM WPKL 2016 ( 2 Nov. 2016 )

Multimedia Proses Pemilihan Tokoh NILAM Negeri (Saringan > Khemah Membaca > Tokoh NILAM Negeri)

Khemah Membaca 2016 di BTPN N9 ( 7 - 9 Sept. 2016 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

23 March 2017

Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) 2017

Tarikh: 15 Mac 2017 ( Rabu )
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Perpustakaan Kuala Lumpur 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Anita bt. Mohd Jali, Ketua Bahagian, Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Kuala Lumpur. Mesyuarat membincangkan aktiviti KM1M peringkat Negeri yang akan dijalankan di Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) pada 5 hingga 6 April 2017. Persetujuan telah dibuat oleh pihak PKL dan menerima cadangan aktiviti KM1M Peringkat Negeri 2017 dilaksanakan di Perpustakaan Kuala Lumpur pada 5 hingga 6 April  2017.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh:

Ø  En Mohd Faizal b. Kasmon (PKL)
Ø  Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin (KU PSP, BTPN WPKL)
Ø  En Nazri b. Ishak (Ketua PKG WPKL, PKG Pudu)
Ø  Pn. Haslizah bt. Jibin (PKG Segambut Jaya )
  
Gambar oleh Pn Haslizah bt Jibin ( PKG Segambut Jaya )


Laporan: Pn. Arinawati Mohd Yassin
Posted By Library Assistant

15 March 2017

Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

Tempat: PKG Sentul ( Bilik Zamrud)  
Tarikh: 13-17 Mac 2017 ( Isnin - Jumaat) 
Masa: 8:00pg - 5:00ptg
Peserta: 56 org / 60 org
Fasilitator: 12 org 
Urus Setia: Unit PSP

Pada tahun ini Unit PSP BTPNWPKL telah mengadakan Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 2017 kepada Guru Perpustakaan Media yang baru memegang tugas dan tiada latihan dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah selama 5 hari di Pusat Kegiatan Guru Sentul. Mereka telah diberi latihan dan bengkel oleh fasilitator BTPN WPKL yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Unit PSP WPKL & Pusat Kegiatan Guru WPKL disepanjang kursus berlangsung. Seramai 56 daripada 60 orang peserta yang hadir manakala 4 orang peserta lagi tidak hadir bersebab. Berikut adalah latihan asas yang telah diberikan:
Pendaftaran Peserta Kursus


ISNIN: 
Konsep Asas / Fail Kuasa & Fail Meja / Pengurusan Fail / Fail Kewangan 

SELASA: 
Pengkatalogan (1): Pengkelasan Buku & Bukan Buku / Pentadbiran,  Pengurusan & Pelan Strategik / Pengkatalogan (2) Proses Teknik Bahan 

RABU: 
Pengurusan Stok / Koleksi Bahan / Instrumen Penilaian PSS Cemerlang & SSQS

KHAMIS: 
PSS PA21: Fizikal PSS / Pengkatalogan (3):  Katalog / Bahan Media /  Program NILAM,  Aktiviti Galakan Membaca & Literasi Maklumat

JUMAAT: 
Pengurusan PSS: Google Calender (SSJ)  / Penilaian (ASK)  Penilaian Kendiri & Soal Selidik / Penyampaian Sijil oleh Tn KPP

Fasilitator: Pn Haslizah Jibin ( PKG  Segambut Jaya )

Fasilitator: En Mohd Fazli b Ab Hadi (PKG Kg. Pandan)
 Fasilitator: Pn Arinawati Mohd Yassin ( UPSP BTPN WPKL )
Fasilitator: Cik Syam Irza Mohd Sham ( PKG Sentul )
Fasilitator: En. Nazri b Ishak ( PKG Pudu )
Fasilitator: Pn Nur Huzaifah Jaffar ( PKG Keramat )
Fasilitator: En. S'alleh b Osman ( PKG Bangsar )



Posted By Library Assistant

01 March 2017

Mesyuarat Penyelarasan Pelancaran KM1M 2017 Bersama BTP

Tarikh: 1 Mac 2017 ( Rabu )
Tempat: Bilik Mesyuarat Bunga Raya
Masa: 9:30pg - 12:00 tghr

Bahagian Teknologi Pendidikan selaku urus setia Majlis Pelancaran KM1M 2017 telah mengadakan mesyuarat bersama Bahagian Teknologi Pendidikan WPKL bagi sesi pertama di Bilik Mesyuarat BTPN WPKL. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr. Qhamariah bt Samu dan turut hadir bersama beliau ialah Encik Airil Anuar b. Ahmad serta Pn. Tan Huey Ling. Manakala BTPN WPKL telah dihadiri oleh semua Unit PSP.

Antara isu yang dibentangkan ialah:
1. Aturcara majlis pelancaran
2. Perlantikan AJK majlis pelancaran & penutupan
3. Pembahagian tugas AJK
4. Cadangan aktiviti KM1M
5. Kewangan yang diperuntukan
6. Maklumat hadiah aktiviti yang diperuntukan 
7. Hal-hal lain

Mesyuarat kedua akan dijalankan di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara bersama-sama dengan Rakan Perkongsian Pintar majlis pada 8 Mac 2017 ( Rabu ). Unit PSP BTPN WPKL diminta melaporan cadangan terkini mengikut pembahagian tugas yang telah dibincangkan semasa mesyuarat kedua nanti. 
 



Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.