Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

23 March 2017

Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) 2017

Tarikh: 15 Mac 2017 ( Rabu )
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Perpustakaan Kuala Lumpur 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Anita bt. Mohd Jali, Ketua Bahagian, Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Kuala Lumpur. Mesyuarat membincangkan aktiviti KM1M peringkat Negeri yang akan dijalankan di Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) pada 5 hingga 6 April 2017. Persetujuan telah dibuat oleh pihak PKL dan menerima cadangan aktiviti KM1M Peringkat Negeri 2017 dilaksanakan di Perpustakaan Kuala Lumpur pada 5 hingga 6 April  2017.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh:

Ø  En Mohd Faizal b. Kasmon (PKL)
Ø  Pn. Arinawati bt. Mohd Yassin (KU PSP, BTPN WPKL)
Ø  En Nazri b. Ishak (Ketua PKG WPKL, PKG Pudu)
Ø  Pn. Haslizah bt. Jibin (PKG Segambut Jaya )
  
Gambar oleh Pn Haslizah bt Jibin ( PKG Segambut Jaya )


Laporan: Pn. Arinawati Mohd Yassin
Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.