Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2016 di BTPN N9 ( 7 - 9 Sept. 2016 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

11 April 2017

Majlis Penutup KM1M 2017

Tarikh: 6 April 2017 (Khamis )
Tempat:  Perpustakaan Kuala Lumpur
Masa: 8:30pg - 1:00tghr


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPN WPKL) telah mengadakan program KM1M Peringkat Negeri 2017 dengan bertemakan “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia” mulai 4 hingga 6 April 2017.  Majlis Penutup KM1M Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2017 telah berlangsung di Dewan Orkid, Perpustakaan Kuala Lumpur. Majlis telah dimulai dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh En Mustapa Alba b. Umar ( Penolong Pengarah BTPN WPKL ) manakala ucapan perasmian penutup majlis serta penyampaian hadiah pemenang bagi tempat ketiga, kedua dan pertama bagi setiap kategori aktiviti KM1M mengikut PKG WPKL telah disampaikan oleh En Mohd Nazam b. Harun ( Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pengurusan Perumahan & Pembangunan Komuniti ). Majlis penutup KM1M 2017 ini turut dihadiri oleh wakil rakan kerjasama BTPN WPKL bersama Perpustakaan Kuala Lumpur iaitu Pn Normah bt. Abdul Mutalib ( Ketua Bahagian Pengurusan Perkhidmatan Rangkaian Perpustakaan Kuala Lumpur ).



JK KM1M 2017:  UPSP BTPN WPKL / PKG WPKL / GURU WPKL / Perpustakaan Kuala Lumpur


Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.