Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

18 April 2017

Pemantapan Tokoh NILAM Sr.4

Tarikh: 18-19/4/2017 ( Selasa & Rabu )
Tempat: Taman Tasik Permaisuri Cheras / ProfPen
Masa: 8:00pg - 5:00ptg

18 April 2017 ( Selasa ), Unit PSP telah membuat sedikit kelainan dimana wakil Tokoh NILAM WPKL telah dibawa ke Taman Tasik Permaisuri untuk melakukan aktiviti " Santai Ilmu ". Aktiviti seperti ini lebih santai bebanding tahun sebelumnya. Ini merupakan bengkel siri terakhir bagi Pemantapan Tokoh NILAM 2017 dan diharap dapat meningkatkan lagi kreativiti dan idea yang lebih segar dari wakil Tokoh NILAM WPKL yang akan ke peringkat kebangsaan bagi tahun 2017 kali ini.
Aktiviti Santai Ilmu Bersama Tokoh NILAM 2017

19 April 2017 ( Rabu ), aktiviti kembali semula di ProfPen BTPN WPKL:

  • Ujian Penulisan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
  • Persediaan & Penilaian Individu 
  • Penilaian Terakhir Forum Oleh En Zainuddin b. Othman ( Ketua Penolong Pengarah BTPN WPKL )
  • Penutup
Gambar: Khairul Nizam Hj Hamidun ( PTP BTPN WPKL )
Short Report & Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.