Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

13 June 2017

Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah 2017

Unit PSP telah memberikan khidmat bantu kepada 2 buah sekolah iaitu SK Seri Perak dan SJKT Vivekananda.

Tempat : SK Seri Perak
Tarikh   : 19 Mei 2017 ( Jumaat )

           Khidmat bantu ini adalah usaha sama daripada pihak PKG Sentul dengan Unit PSP BTPNWPKL. Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Seri Perak telah berpindah kepada bangunan baharu di mana Pusat Sumber Sekolahnya mempunyai 3 tingkat. Aras bawah adalah untuk kaunter sirkulasi dan bilik kerja Guru Perpustakaan Dan Media. Aras satu untuk perpustakaan murid-murid tahap 1,  aras dua adalah perpustakaan untuk murid-murid tahap 2 dan aras tiga adalah bilik tayang dan makmal komputer. Khidmat bantu yang diberikan  adalah susun atur PSS. Pelaksanaan susunan semula PSS telah dilakukan dengan bantuan guru dan pekerja sekolah.


Pandangan  telah diberikan mengenai aspek keselamatan murid. Antaranya ialah cadangan penukaran pintu yang berat yang mana akan mencederakan murid tahap 1 sekiranya berlaku kecuaian. Cadangan lain yang diberikan ialah berkenaan pertukaran laluan masuk ke PSS melalui jalan belakang kerana laluan ini bersambung terus ke laluan kelas supaya murid tidak menggunakan tangga tepi sebagai laluan utama dan . Khidmat bantu susulan akan diberikan mengenai Automasi Senayan.


Tempat : SJKT Vivekananda
Tarikh   : 22 Mei 2017 ( Isnin )

           Khidmat bantu ini adalah usaha sama daripada pihak PKG Bangsarl dengan Unit PSP BTPNWPKL. Pusat Sumber Sekolah (PSS) SJKT Vivekananda telah berpindah kepada bilik baharu di mana PSSnya agak lebih luas berbanding dengan PSS yang lama. Pihak UPSP telah berbincang bersama Guru Besar dan GPM cara penyusunan perabot mengikut PSS abad ke 21. Pihak pentadbir akan mendapatkan dana untuk membeli perabot yang sesuai untuk PSSnya. Beberapa contoh perabot yang sesuai telah diberikan kepada Guru Besar sebagai panduan untuk memilih perabot khas untuk PSS.


Laporan oleh: Pn Arinawati Mohd Yassin
Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.