Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

07 July 2017

Proses Saringan Pemilihan Tokoh NILAM 2017

Tarikh: 5/7/2017 Rabu ( Sekolah Menengah )
Tarikh: 6/7/2017 Khamis ( Sekolah Rendah )
Tempat: ProfPen / Cempaka 1 / Cempaka 2
Masa: 8:00pg hingga 2:00ptg

Pada 5 Julai 2017 ( Rabu ), dua kategori iaitu kategori Bahasa Melayu sekolah menengah & Bahasa Inggeris sekolah menengah dipertandingkan. Seramai 25 calon terpilih keperingkat saringan tetapi seorang calon menarik diri.   Bagi kategori Bahasa Inggeris sekolah menengah seramai 14/15 calon yang hadir manakala bagi calon Bahasa Melayu sekolah menengah pula 10/10 sahaja calon yang hadir.

Pada 06 Julai 2017 ( Khamis ) pula, Proses Saringan bagi peringkat sekolah rendah telah dijalankan. Seramai 30 orang calon terpilih keperingkat saringan. Bagi kategori Bahasa Inggeris sekolah rendah seramai 16/16 calon yang hadir manakala bagi calon Bahasa Melayu sekolah rendah pula seramai 13/14 sahaja calon yang hadir kerana seorang calon menarik diri.

Terima kasih diucapkan kepada juri atau para hakim yang menilai pelajar tokoh NILAM. 

Hakim Proses Saringan Pemilihan Tokoh NILAM 2017:

  • ZALILAH BT. ABD. JALIL ( SMK CHERAS )
  • NURUL AIDAH @ KHASITTATON  BT DERAMAN ( SK WANGSA MELAWATI )
  • HALIZA BT MUHAMAT DAWAM ( SK INTAN BAIDURI )
  • ASIAH BT. HASSAN ( SMK SETAPAK INDAH )
  • NIK MUSALINA BT NIK MUSTAPA ( SMK DANAU KOTA )
  • JAMIELAH BT. MOHAMAD DAHALAN ( SMK KEPONG BARU )
  • ZAILIZA BT MOHD RAHZALI ( SMK PADANG TEMBAK )
  • PARAMESWARY A/P DORAISAMY ( SK SERI BINTANG SELATAN )
Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.