Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

12 January 2018

Bekalan Bahan Bacaan Tambahan ( BBT ) 2018 Di ProfPen, BTPN WPKL

Jadual pengambilan buku tersebut adalah seperti berikut:

1. Isnin   8 Januari 2018 -PKG Pudu
2. Selasa   9 Januari 2018 -PKG Keramat
3. Rabu 10 Januari 2018 -PKG Sentul
4. Khamis 11 Januari 2018 -PKG Bangsar
5. Isnin 15 Januari 2018 -PKG Kampung Pandan
6. Selasa 16 Januari 2018 -PKG Segambut Jaya

Untuk sekolah rendah buku yang dibekalkan adalah sebanyak 7 judul seperti berikut:

1. Novel Sejarah: Sumpah Bukit Sadok
2. Tatabahasa Dewan: Bentuk Kata Edisi Sekolah Rendah Buku 1 Morfologi
3. Tatabahasa Dewan: Bentuk Kata Edisi Sekolah Rendah Buku 2 Morfologi
4. Tatabahasa Dewan: Binaan Ayat Edisi Sekolah Rendah Buku 3 Sintaksis
5. Kenal Diri Kita Dahulu
6. Theme: Clothing Numbers
7. Kemahiran Hidup: Kreativiti Kraf

Manakala untuk sekolah menengah sebanyak 7 buah buku telah dibekalkan seperti berikut:

1. Novel Remaja: Cabaran Hidup Remaja
2. Novel Sejarah: Awang Kembara Mengelilingi Dunia
3. Makanan Tradisional Masyarakat Malaysia
4. Isu Penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Syariah Di Malaysia
5. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua
6. Pendekatan Kaunseling Spiritual Menurut Al-Ghazali

7. Saya Ingin Tahu Tentang Sains Sel




Laporan Daripada Portal BTPNKL
Teraju Portal: En Rosli Kemat ( UMIP )
Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.