Selamat Datang ke Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNKL

Khemah Membaca 2017 di Padibox, Sekinchan ( 18-21 Sept. 2017 )

Proses Saringan NILAM 2016 ( 9 & 10 Ogos 2016 )

02 May 2018

Pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan 2018

Tempat: BTPN Selangor
Tarikh: 26-30/4/2018

Penilaian calon Tokoh NILAM  Peringkat Kebangsaan 2018 telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor pada 23 sehingga 28 April 2018. Seramai 56 orang calon telah turut serta dalam pencalonan ini.  Dua kategori dipertandingkan iaitu kategori Bahasa Melayu dan kategori Bahasa Inggeris bagi sekolah rendah dan sekolah menengah .

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPNWPKL) telah menghantar calon daripada 2 buah negeri Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya. BTPN WPKL mengucapkan sekalung tahniah kepada lima orang calon tokoh NILAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, terutamanya bagi kategori Pendidikan Khas Masalah Penglihatan iaitu Kong Meng Fatt ,SK Pendidikan Khas Jalan Batu, Kuala Lumpur yang mendapat Johan Kategori Pendidikan Khas : Masalah Penglihatan . Begitu juga bagi Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah iaitu Aliea Innarah Qeira bt Johari Kamil dari SK Bukit Damansara dan Kategori Bahasa Melayu Sekolah Menengah iaitu Ahmad Akif Syarafuddin bin Sahar , SM Sains Alam Shah masing-masing telah mendapat saguhati tempat ke empat.

Calon Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu Muhammad Afiq bin Zairul Azwan , Sekolah Sultan Alam Shah, WP Putrajaya juga telah mendapat saguhati tempat ke empat bagi Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah.


Bagi yang tidak berjaya juga diucapkan tahniah di atas komitmen dan usaha kesemua calon  ini. Anda adalah yang terbaik di antara terbaik terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

1.            Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)  :
               Muhammad Alif Safwan bin Azlan
   SK Intan Baiduri, WP Kuala Lumpur
                                                               
2.            Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah) :                      
  Aleia Innarah Qeira bt. Johari Kamil
  SK Bukit Damansara, WP Kuala Lumpur
                               
3.            Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Menengah) :
  Ahmad Akif Syarafuddin b Sahar
  SM Sains  Alam Shah. WP Kuala Lumpur
                               
4.           Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah) :
  Preetyjeet Kaur Deol
  SMK Convent Bukit Nanas, WP Kuala Lumpur

Tahniah kepada Team WPKL

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

1.      Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Rendah):
Nur Dhaifina binti Amiza                        
SK Putrajaya Presint 11 (1), WP Putrajaya
                                       
2.     Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah):
Sofeena Balqis binti Abd Rahman
          SK Putrajaya Presint 8 (1), WP Putrajaya        
      
3.     Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Menengah):
Muhammad Zabir bin Azreen Redzal
  Sekolah Sultan Alam Shah, WP Putrajaya

4.     Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah):
Muhammad Afiq bin Zairul Azwan ( Tempat Ke-Empat )
Sekolah Sultan Alam Shah, WP Putrajaya


Posted By Library Assistant

SENARAI BIBLIOGRAFI TESIS ProfPen

Panduan Keahlian, Peraturan & Syarat ProfPen.

· Bermula tahun 2012, semua koleksi ProfPen hanya untuk rujukan sahaja. TIADA khidmat pinjaman & pemulangan koleksi bahan disediakan.

· Sila daftar & dapatkan borang keahlian ProfPen di kaunter sirkulasi kami.


· Kumpulan sasaran adalah warga pendidik, penyelidik & pelajar IPT.


· Tesis, Jurnal , Laporan Projek & Kajian Tindakan hanya boleh dibaca & dibuat rujukan di ProfPen sahaja. Tidak boleh dibawa keluar atau difotostat KECUALI mendapat surat kebenaran daripada pengarang atau pihak yang berkenaan sahaja kemudian barulah salinan fotostat dibenarkan. Sekiranya ahli membawa beg komputer riba, pemeriksaan ke atas beg akan dilakukan.

· Hanya ahli yang berdaftar dengan ProfPen sahaja boleh membuat rujukan & menggunakan kemudahan komputer serta talian internet di ProfPen mengikut syarat yang ditetapkan ProfPen.

Þ Isi Rekod Penggunaan komputer mengikut nama yang tertera di bahagian atas skrin komputer)

Þ Dilayari untuk membuat rujukan, tugasan & pencarian maklumat tertentu sahaja.

Þ Melayari internet untuk memuat turun sebarang jenis permainan adalah DILARANG.


· Semua ahli bertangunggjawab terhadap:

Þ Melaporkan sebarang pertukaran alamat kepada Pembantu Pustakaan ProfPen.

Þ Keadaan buku/CD/VCD/CDRI/CDA rujukan mestilah berkeadaan baik ketika selesai membuat rujukan.

Þ Jika didapati mencuri atau merosakkan bahan-bahan perpustakaan, keahlian akan digantung, dikenakan bayaran denda & nama akan diumumkan disemua papan-papan kenyataan BTPN, PKG & JPWP.

Þ Selain dari mematuhi peraturan peraturan di atas, peraturan peraturan am perpustakaan juga harus dipatuhi seperti:-

¨ Jangan buat bising & tidur di dalam perpustakaan.

¨ Tidak boleh merokok, makan & minum di dalam perpustakaan.

¨ Tidak dibenarkan membawa beg kecuali beg laptop.

¨ Berpakaian kemas & bersopan ketika di perpustakaan.


ProfPen TIDAK bertanggungjawab atas sebarang harta benda orang perseorangan.


PERHATIAN:

Pegawai ProfPen berkuasa mengarahkan seseorang pengguna meninggalkan ProfPen jika didapati mengganggu ketenteraman ProfPen. Tujuan peraturan-peraturan ini ialah untuk melindungi kepentingan bersama pengguna & membolehkan ProfPen menjalankan fungsi-fungsinya dengan sebaik mungkin.